in

Bukan Senang Jadi Rider, Status Penghantaran ‘Kurier Dikejar Anjing’ Buat Ramai Terhibur

Cats 7

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tugas seorang rider bukanlah mudah seperti yang disangka. Selain daripada cabaran cuaca panas terik dan hujan lebat, rider juga tidak lari daripada gangguan haiwan liar.


Baru-baru ini, tular sebuah gambar status penghantaran barang oleh Shopee yang diambil oleh seorang individu. Menerusi ciapan tersebut, individu itu menulis bahawa tugas seorang kurier bukanlah mudah seperti yang disangka.

“Bukan mudah ya kerja seorang kurir. Semoga permudah urusan pada anda semua”, ciap pemuda ini.

Jika sesebuah barang itu dihantar lambat, boleh jadi kurier tersebut tersesat atau kehilangan barang pelanggan. Namun lain pula buat individu ini apabila kurier yang menghantar barangnya dikejar anjing!

“Kurir dikejar anjing”

A 1

Meninjau di ruangan komen, ternyata ramai warganet terhibur dengan status penghantaran tersebut. Malah, ada juga yang berkongsikan pengalaman yang sama di mana kurier barangan mereka turut pernah dikejar anjing semasa menghantar barang.

Bagaimanapun, status terkini penghantaran barang dan keadaan semasa rider tersebut masih tidak diketahui sehingga ke hari ini.

Apa-apa pun, semoga rider tersebut selamat!

Kredit: FawazAzuar

BACA: Anjing Menangis Lepas Dipaksa Makan Cili Demi ‘Content’ Video Tuan

Capture 9

Sumber: FawazAzuar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.