in

Tak Serik, Amber Heard Bakal Keluarkan ‘Revenge Book’ Lepas Kalah Dengan Johnny Depp

Collage 27

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selepas kalah saman dengan bekas suaminya Johnny Depp, Amber Heard nampaknya tak akan berdiam diri dan telah pun memikirkan langkah seterusnya yang akan dibuat termasuk nak tulis buku tentang apa yang dialaminya.


Menurut sumber, Amber menganggap kerjayanya di Hollywood telah berakhir dan selepas kalah, dia dah tak akan rugi apa-apa dan mahu beritahu semua benda.

Amber kini dah kehabisan wang dan tak boleh nak tolak apa-apa offer yang boleh berikan dia duit.”

Namun begitu menurut seorang pakar dan pengarang buku, tindakan Amber ini bakal menyusahkan dirinya lagi jika dia sekali lagi cuba untuk merosakkan reputasi Johnny Depp, lapor OK! Magazine.

Keputusan yang diberikan oleh juri pada perbicaraan baru-baru ini telah membuktikan yang Amber memang tak dipercayai. Juri-juri yang terlibat turut menolak semua testimoni Amber Heard dan salah seorang dari mereka mengatakan tangisan Amber ketika memberikan kenyataan juga nampak pura-pura.”

Pakar ini menambah, sekiranya Amber mahu menulis buku, pelakon ini perlulah berhati-hati kerana Johnny Depp dan peguamnya akan membaca semua yang dia katakan.

Kalau dia tersilap langkah, memang dia ada potensi untuk disaman sekali lagi dan masuk mahkamah semula.”

Untuk pengetahuan korang, sebelum ini Johnny Depp memang kes saman di mana Amber telah menulis artikel mengatakan yang dia merupakan mangsa dera walaupun tidak menggunakan nama Johnny Depp secara khusus.

 

Baca: Lepas Kalah Saman Dengan Johnny Depp, Amber Heard Dilihat ‘Shopping’ di Tempat Murah

Screenshot 2022 06 24 At 1.36.51 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.