in

Lepas Kalah Saman Dengan Johnny Depp, Amber Heard Dilihat ‘Shopping’ di Tempat Murah

Amber Heard Shopping Tempat Murah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Umum rasanya sudah mengetahui apa yang berlaku di antara bekas pasangan suami isteri Hollywood terkenal iaitu Johnny Depp dan Amber Heard yang mana mereka berdua saling saman menyaman berhubung isu keganasan rumah tangga.


Selepas kalah saman dengan Depp dan terpaksa membayar sebanyak USD$8.3 juta (RM36.5 juta), Amber kini dilihat hidup dalam keadaan bersederhana.

Amber 3

Daily Mail juga melaporkan yang Amber juga dilihat telah berbelanja di sebuah pusat beli belah yang menawarkan diskaun yang tinggi selepas daripada kejadian itu.

Dia bersama saudaranya, Whitney Henriquez dilihat ber’shopping’ di TJ Maxx, sebuah kedai pakaian yang sering menawarkan diskaun dan menjual barangan dengan harga yang berpatutan.

Newspress Collage 22724137 1655672236073 780X470 1

Amber sebelum ini juga pernah mengaku yang dia tidak mampu untuk membayar saman yang bernilai RM36.5 juta itu kepada Depp pada 1 Jun lepas.

Walau bagaimanapun, tidak pasti sama ada Depp akan menetapkan undang-undang dan meminta bekas isterinya itu untuk membayar saman dengan nilai yang lebih tinggi secara keseluruhannya.

Bercakap keapda NBC Dateline minggu lepas, Amber berkata, yang dia kini hanya mahu fokus kepada perkara positif saja selepas kes perbicaraannya dengan bekas suami mencemarkan reputasinya sebagai pelakon dan peluang pekerjaannya yang makin merosot.

1629850

Buat masa ini, Amber mengatakan yang dia mempunyai lebih banyak masa untuk diluangkan bersama anaknya, Oonagh yang berusia 1 tahun.

Nampaknya Amber kena belajar berjimat cermat lah… 

Baca: “Nak backup ex ke tu?” – Elon Musk Bakal Jumpa Pekerja Twitter Gara-Gara Netizen Kecam Amber Heard

Elon

Sumber: Daily Mail
Sumber: Baystpost
Sumber: The Star

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.