Semalam, kita digemparkan dengan insiden tembakan yang berlaku dalam sebuah pusat beli-belah mewah di Bangkok, Thailand.
Pelakunya merupakan seorang remaja berusia 14 tahun yang difahamkan seorang yang mempunyai masalah mental, ekoran insiden itu sekurang-kurangnya 2 orang telah terkorban.
Terbaru, sebuah video tular di laman X yang memaparkan seorang individu didakwa suspek tembakan rambang tersebut sedang berlatih di padang sasar.
Video penuh di sini.
Lebih menguatkan kenyataan yang tular ini, menurut laporan Yahoo! News, seorang pelancong China mendakwa pernah berjumpa dengan penembak berusia 14 tahun itu di sebuah padang sasar yang terletak di Thailand.
Difahamkan, ketika pelancong tersebut sedang berswafoto di padang sasar tersebut, penembak itu sedang berada di lorong sebelahnya dan wajah suspek itu ‘termasuk’ dalam gambarnya.
“Ketika melihat wajah penembak, saya tiba-tiba teringat bahawa dia orang yang saya temui di padang sasar ketika berada di Thailand.
Dia menembak sekurang-kurangnya 100 peluru pada hari itu, dengan kemahiran dan cara dia mengendalikan pistol, sukar dipercayai bahawa dia hanya 14 tahun,” tulisnya.
Selain itu, dalam video yang sedang tular itu ramai netizen yang berkata cara menembak remaja 14 tahun itu kelihatan profesional malah ada juga yang berspekulasi suspek sebenarnya sudah lama merancang dan berlatih untuk melakukan tembakan itu.
Sumber: Yahoo! News