in

“Tak reti duduk rumah” – Aktiviti Hiking Masa PKP Kantoi Lepas Kawan Pengsan, Kena Denda RM2,000 Seorang

Bomba Bawa Turun Mangsa Hiking

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semasa musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini diadakan, kita semua digalakkan untuk duduk di rumah dan kalau boleh mengehadkan aktiviti luar untuk mengelakkan penyebaran wabak COVID 19.

Namun ada juga segelintir pihak yang ‘tak reti bahasa’ apabila mereka didapati terlibat dalam aktiviti hiking di Rawang Bypass pada 20 Jun lepas.


Menerusi perkongsian SenawangTV di Twitter, aktiviti tersebut walau bagaimanapun ‘kantoi’ apabila salah seorang rakan daripada 5 orang yang terlibat pengsan di tengah jalan.

Bimbang dengan apa yang berlaku, empat orang pendaki itu kemudian menghubungi pihak Bomba dan Penyelamat untuk memohon bantuan. Aduhai… 

Balai Bomba & Penyelamat Malaysia Rawang (BBP Rawang) menerusi Facebook mengesahkan kejadian berkenaan dan mereka telah membantu mangsa untuk turun dari kawasan pendakian.

197127134 5710197682385406 4904449041151637859 N

196306659 5710198609051980 3619032846249775097 N

Menurut sumber, lima individu terbabit telah menerima kompaun sebanyak RM2,000 seorang yang berjumlah RM10,000 secara keseluruhannya.

Haih macam-macam ye. Orang suruh duduk rumah, nak pergi hiking pulak. 

Baca: “Tak boleh tunggu habis PKP ke?” – 10 Individu Dikompaun RM23,500 Gara-gara Lepas Gian Main Snuker

Collage 60

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.