in

“Tak boleh tunggu habis PKP ke?” – 10 Individu Dikompaun RM23,500 Gara-gara Lepas Gian Main Snuker

Collage 60

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Walaupun kes di Malaysia masih tinggi dan kerajaan telah melaksanakan total lockdown, masih ada lagi individu yang degil dan masih susah nak patuh dengan SOP yang ditetapkan.


Baru-baru ini, pihak polis telah menahan seramai 10 individu termasuk seorang penyelia sebuah pusat hiburan selepas didakwa melanggar SOP ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 di Taman Bukit Indah, Johor.

Ketika serbuan dilakukan, 10 lelaki berusia 18 hingga 40 tahun telah ditahan ketika bermain snuker di sebuah pusat perniagaan tanpa lesen. Pusat hiburan ini baru sahaja mula beroperasi April lalu.

Menurut Kosmo, Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar berkata kesemua individu ini telah dikenakan kompaun berjumlah RM23,500.

Whatsapp Image 2021 06 21 At 13.05.25 E1624252361481

 

Sepasukan Polis Daerah Iskandar Puteri telah membuat serbuan di premis yang disyaki menjalankan perniagaan snuker tanpa lesen dalam tempoh PKP.

“Kesemua 10 individu yang berada di dalam premis juga didapati tidak memakai pelitup muka dan tiada penjarakan fizikal.”

Tambah Dzulhairi, individu terlibat masing-masing dikenakan kompaun sebanyak RM1,500 manakala penyelia premis dikenakan kompaun sebanyak RM10,000.

Selain itu, pihak polis turut merampas pelbagai peralatan termasuk dua set bola snuker, empat batang snuker, satu kunci alat kawalan jauh serta wang tunai berjumlah RM275.

Kesemua individu ini didapati telah membuat kesalahan dibawah Peraturan 16(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPPDPPB) (Langkah-Langkah Dalam Kawasan Tempat Jangkitan 2021).

 

Baca: Tiada Lagi Amaran Untuk Kilang Langgar SOP, Akan Dikompaun ‘On The Spot; Mulai Hari Ini

Screenshot 2021 06 22 At 2.09.12 Pm

Sumber: Kosmo

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.