in

“Bila nak mula shooting saja, tiba-tiba tak lulus” – Shuk Sahar Kena Banned Stesen TV?

Shuk Sahar Kena Banned Stesen Tv

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Nama Shuk Sahar tak lain tak bukan sering terpalit dengan kontroversi yang tak berkesudahan. Reda satu isu, satu lagi isu pula yang dibangkitkan.



Baru-baru ini, kecoh di media sosial apabila pelawak dan pengacara ini mengakui seolah-olah namanya tidak lagi diterima stesen televisyen selepas terbabit dengan beberapa isu rumah tangga serta lawak rogol.

Biarpun menyedari hal itu, Shuk atau nama sebenarnya Mohammad Shukri Mohamed Sahar berharap stesen TV dapat mengeluarkan kenyataan bagi memaklumkan perkara itu secara rasmi kepadanya.

Shuk

Pelawak ini juga turut ingin tahu berapa lama namanya akan disenarai hitam pihak berkenaan. Shuk turut menambah yang sebenarnya dia telah beberapa kali ‘lock job’ dan setiap kali nak mula shooting saja, tiba-tiba stesen TV tak bagi kelulusan.

“Saya sendiri tak faham, adakah saya betul-betul kena ‘banned’? – Shuk Sahar

Shuk juga menjelaskan yang tiada sebarang kenyataan rasmi atau surat diberikan kepadanya. Dia berkata bahawa jika betul dia kena banned, dia meminta supaya pihak berkenaan bagi surat atau beritahu tempoh masa supaya dapat atur kehidupan, lapor Mstar.

“Katakan saya kena banned 6 bulan, jadi saya ada masa untuk atur kehidupan saya. Saya ada tanya produksi tapi mereka pun tak beri jawapan” – Shuk Sahar

Shuk turut memaklumkan yang gara-gara kehilangan sumber pendapatan utama dalam bidang seni, dia terpaksa menjual rumah miliknya dengan harga RM1.2 juta. Namun, Syuk melahirkan rasa syukur apabila akhirnya rumah tersebut dibeli oleh seorang usahawan muda.

Harapnya adalah penyelesaian terbaik bagi kedua-dua pihak ya!

Baca: “Muat Naik Video Anak Rindu Ayah, Sera Sedih Dituduh Meroyan & Tak Move On Dengan Shuk”

Bawahh 1

Sumber: The Star

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.