in

Tak Rancang Tapi Baju Sama! Momen Mesra Abby Abadi & Marissa Dania Curi Tumpuan

Syaz Ft 2026 07 09T154849.495

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hubungan kasih sayang antara ibu dan anak sememangnya tiada tolok bandingnya. Terbaru, perkongsian pelakon dan usahawan, Abby Abadi menerusi laman sosialnya menarik perhatian ramai apabila beliau memuat naik beberapa foto kemesraan bersama anak perempuannya, Marissa Dania.

Menerusi hantaran berkenaan, Abby meluahkan rasa teruja dan gembira apabila Marissa secara tiba-tiba datang membantunya menguruskan urusan perniagaan kain tanpa sebarang perancangan awal.


Artikel berkaitan: Dari Anggota Elite Ke Heroin Gerak Khas, Karier Abby Abadi Dalam Industri Hiburan Bukan Biasa-biasa!

Artikel berkaitan: “Macam nilah baru life yang betul adik” – Netizen Puji Marissa Dania Kongsi Video ‘A Day In My Life’

 

View on Threads

 

“Anak Mama Marissa Dania datang menolong semalam. Sajalah bagitahu hihi. Tak berjanji pun, tak merancang apa-apa, saya sedang sibuk nak main kain semula tapi tetap juga bersama bajunya.

Comelkan baju kami. Doakan kalau Allah izinkan, akan jual nanti hehe,” tulisnya.

Apa yang lebih mencuri tumpuan pengikutnya adalah penampilan dua beranak ini yang kelihatan sangat comel dan mesra apabila mengenakan baju corak polka dot yang serupa.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikut dan netizen tidak lepaskan peluang untuk memberikan pelbagai reaksi. Kebanyakan daripada mereka meluahkan rasa syukur dan gembira melihat keakraban serta kemesraan yang terjalin semula antara ibu dan anak ini.

Cats 10

Perkembangan positif ini pastinya melegakan hati ramai pihak yang sentiasa mendoakan kebahagiaan serta kesejahteraan keluarga ini.

Sumber: Threads

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.