Kalau kita perhatikan zaman sekarang ni, saingan perniagaan makin lama makin sengit, jadi banyak kedai memainkan peranan dalam melakukan strategi pemasaran untuk melariskan kedai mereka agar ia menjadi tumpuan pelanggan untuk diwar-warkan ke media sosial.
Antaranya adalah dekorasi kedai, macam-macam jenis kalau kita perasan ada yang ebrkonsepkan tradisional, moden dan paling trending sekali adalah berkonsepkan hipster, namun begitu lain pula dengan sebuah kedai dekat Batu Caves ini.
Kedai banyak hantu
Kedai yang khusus dengan menu istimewa mereka Char Kuey Teow ini menggunakan elemen mistik di kedainya di mana terdapat banyak patung-pantung hantu di sekelilingnya.
Menerusi perkongsian daripada Facebook Malaysia Viral, kedai tersebut dikatakan beroperasi setiap hari dari pukul 6.30 petang hingga 11 malam.
Biarpun tampil dengan konsep yang berbeza dilihat seperti ada pelanggan ke kedai makan tersebut untuk menikmati hidangan serta merasai keunikan rekaan dalaman yang menyeramkan itu.
Rasanya kedai ni tak boleh bawa budak-budak.
Menjengah ke ruangan komen, ada yang ingin menikmati hidangan Char Kuey Teow kedai ini, dan ada juga yang ingin lihat keadaan kedai makan tersebut.
Namun begitu, ada juga yang memberikan reaksi kurang enak kerana mereka anggap konsep sebegini tidak sesuai untuk digunakan di kedai makan. Mereka anggap ia boleh ‘mengundang’ makhluk lain menumpang.
Masing-masing ada caranya tersendiri, apa pun keputusan berada di tangan kita. Ikutlah mana yang baik.