Zaman sekarang ni dah macam-macam jenis restoran kita tengok membawa tema-tema unik untuk menarik perhatian pelanggan. Jika di Malaysia, mungkin kita pernah dengar tentang kafe yang dihias bertema watak-watak popular seperti Hello Kitty dan Harry Potter.
Namun, restoran bertema yang sedang viral kat Tiktok kali ini memang di luar kotak. Menerusi akaun @themekpah.16, restoran yang dikenali sebagai ‘Char Kuey Teow Hantu’ ini dihias dengan pelbagai jenis prop dan hiasan bertemakan hantu-hantu tempatan.
https://www.tiktok.com/@themekpah.16/video/7019277258959408410?_d=secCgYIASAHKAESPgo8ti60Ml5OR4jCTVLZNjDpk7F6rGm8cgDhUv7qGd0NWVqGKLd5L8zJxAA5mHQgGgqcnusq1fzOuCJ1eLejGgA%3D&checksum=c7572011a61093bfb9122c3d9d4f209f7e42da04aadc5ba18dc1facb9aaf5203&language=en&mid=267621742314000384&preview_pb=0®ion=MY&sec_user_id=MS4wLjABAAAAK0pvgIVSmgUqgPvDn5SRxsWsf7wK9y28xNBA3iyOyZtDBJeILTzIQI_VLp4ACiUD&share_app_id=1180&share_item_id=7019277258959408410&share_link_id=cf65ffef-e8b6-4993-880d-e04711eafa44&source=h5_t×tamp=1634516257&u_code=dgm5k39k7gd8jd&user_id=6924311934956602370&utm_campaign=client_share&utm_medium=android&utm_source=copy&_r=1
Melalui video berdurasi 20 saat itu, wanita ini berkongsi pengalamannya makan di ‘kedai hantu’, di mana hampir keseluruhan kedai tersebut ditempatkan ‘hantu’, termasuklah tengkorak yang memegang kod QR Mysejahtera. Rasa macam bertukar alam!
Ada banyak hantu, hantu pocong, pontianak, bunian, penanggal, kuntilanak, matilanak”
Kedai itu dikatakan bertempat di Batu Caves, Selangor. Antara ‘hantu’ yang dilihat melalui video tersebut termasuklah pocong, penanggal, tengkorak, pontianak dan ahli sihir. Ada juga ‘hantu-hantu terbang’ di atap kedai tersebut, diperbuat dari kain-kain yang digantung serta topeng yang menyeramkan.
Video ini tular di Tiktok baru-baru ini dengan bilangan like melebihi 50 ribu, dan meraih pelbagai komen dari netizen. Rata-rata netizen berseloroh jika akan ada ‘makhluk’ yang sebenar akan datang sertai kedai itu.
Haa… jaga-jaga kalau korang nak ke sana. Jangan sampai ada yang ikut balik, ya?
BACA: “Abg panda lagi” – Netizen Terhibur Tengok Rider Makanan Tolong Siapkan Order Di Restoran