in

“Tak payah nak explain, ramai orang dah cerita” – Aliff Aziz Buka Mulut Insiden Mabuk & Ditangkap Polis Singapura

Lep Ziz

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selepas tersebarnya video ditahan beberapa anggota polis Singapura akibat mabuk dan membuat kekacauan di tempat awam, Aliff Aziz akhirnya bersuara dan mengucapkan terima kasih kepada mereka yang memberi kata-kata semangat kepadanya. 


Menerusi perkongsian ibu Aliff sendiri, S Hafiza Basharahil di Facebook, Aliff akui tahun ini merupakan tahun paling mencabar buat dirinya kerana ditimpa pelbagai ujian.

Aliff 1
sumber: facebook

 

“Saya tak ingat apa yang terjadi waktu itu” 

Kata Aliff lagi, insiden yang menimpa dirinya begitu berat dari segi spiritual dan mental.

“Saya pun tak ingat apa yang terjadi waktu itu. Saya juga tak nak jelaskan lebih lanjut sebab sudah banyak cerita yang keluar. 

“Apa boleh dikatakan, ia sangat berat untuk saya secara spiritual mahupun mental. Tapi, Insya Allah, selagi bernyawa saya akan teruskan hidup,” katanya.

Dalam pada itu, Aliff juga berterima kasih kepada mereka yang menghantar mesej ke Instagram dan mendoakan yang terbaik untuknya.

Aliffff
sumber: blog

 

“Cakap-cakap buruk orang terhadap saya adalah pahala untuk saya” 

Tambah Aliff lagi, dia tak mahu membalas cakap-cakap negatif yang dilemparkan kepadanya kerana menganggap tu adalah pahala buat dirinya.

“Kita tak nampak dosa pahala kita. Begitu juga saya sendiri. Tapi, saya berharap apabila di akhirat kelak kita mendapat ganjaran besar.

“Walaupun kita tak buat di dunia, tapi cakap-cakap buruk orang terhadap saya adalah pahala untuk saya,” katanya lagi.

Berikut video lengkap Aliff Aziz di FB ibunya:

Just a small gesture from all of us to all of you who has given us the strength and motivate us unconditionally … may allah bless always aamiin yra .. ?? @aliffaziz91 @aisyaah_aziz @ayeenaziz

Posted by S Hafiza Basharahil on Tuesday, November 12, 2019

 

Apa-apapun marilah kita doakan yang terbaik buat Aliff dan semoga dia berubah menjadi lebih baik dari sekarang. 

Baca: “Mabuk dan cari pasal dengan orang awam” – Bukan Lakonan! Aliff Aziz Meronta Diberkas Polis Singapura

Mabuk

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.