in

“Tak mahu macam dulu, jumpa saya tapi minta duit kat mama” – Cik B Tak Ada Masalah Nak Jumpa Bapa, Tapi Minta Bukti Dah Berubah

Cik B

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Susulan kes tuntutan hadhanah bekas suami Dato’ Seri Vida yang mahukan hak lawatan, bermesra dan bermalam terhadap dua orang anaknya iaitu Cik B dan Kacak baru-baru ini, akhirnya anak usahawan kosmetik tersebut buka mulut tentang perkara tersebut.


Memetik laporan Astro Gempak, Cik B atau nama sebenarnya, Nur Edlynn Zamilleen, 15, berkata, dia tidak mempunyai sebarang masalah untuk bertemu bapanya, Mohd Amin Yasin.

View this post on Instagram

Let em!? Slide slide?

A post shared by ᴄɪᴋʙ ʜᴀᴠᴏᴄ® ?????? (@cikb_havoc66) on

Pun begitu, Cik B yang juga kini pelakon dalam drama Lelaki Lingkungan Cinta berharap bapanya yang dipanggil ‘abah’ itu benar-benar berubah.

“Saya tak ada masalah nak jumpa abah, tapi untuk bermalam macam yang dinyatakan dalam tuntutan Hadhanah tu, mungkin tidak kot.

“Sebab saya akan rasa awkward kalau bermalam dengan abah, sebab tak biasa kan…Insya-Allah, kalau abah nak berjumpa saya okay sahaja.

Cuma satu, saya harap sangat abah benar-benar sudah berubah dan kalau dia dah berubah, buktikanlah kepada saya dahulu.

“Tak mahulah macam dulu, jumpa saya tapi lepas tu suruh minta duit kat mama,” katanya.

Whatsapp Image 2020 11 03 At 1.27.19 Pm
Bapa cik b

Kata Cik B lagi, dia hanya tahu mengenai tuntutan tersebut selepas diberitahu oleh salah seorang kakitangan Dato’ Seri Vida.

“Memang staff mama yang beritahu dan reaksi saya masa tu macam blur dan tanya kat mama. Mama pula memang sangat tenang mengenai berita tersebut.

“Bila tengok mama tenang, saya pun tak tertekan. Asalkan mama happy, saya dan Kacak pun happy. Saya tengok mama tak fikir sangat tentang benda tu, lagi pun dia sibuk dengan kerja sampai tak ada masa nak fikir benda-benda lain,” kata Cik B.

View this post on Instagram

SELAMAT HARI RAYA SEMUA!??

A post shared by ᴄɪᴋʙ ʜᴀᴠᴏᴄ® ?????? (@cikb_havoc66) on

Bercakap tentang kecaman netizen terhadap bapanya, Cik B berkata dia tak marah pun kerana dia sendiri tidak membaca komen negatif tersebut.

Saya tak marah sebab saya tak baca komen negatif, saya just let it be. Cuma mungkin saya rasa marah pada diri sendiri sebab pernah tulis dekat Twitter tentang masalah keluarga yang sepatutnya menjadi privasi.

“Disebabkan itu ramai yang mengungkit dan korek balik kisah lalu. Saya tak ada rasa apa-apa pun, tapi netizen yang tertekan.

“Mereka ambil berat tentang saya, tak apalah…Saya okay tak ada trauma, cuma mungkin kesan tersebut lebih kepada diri mama.

“Mama yang lalui kisah perit dalam hidupnya dulu,” tambahnya lagi.

Tabahnya Cik B ni… Kagum min dengar kisah dia! 

Baca: “Lebih baik tak payah jumpa” – Dato’ Vida Tak Pernah Halang Anak-anak Jumpa Bapa, Bimbang Keselamatan Cik B & Kacak

Vida 1

Sumber: Kosmo

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.