in

“Tak lama lagi herd immunity ni” – Lebih 50% Populasi Dewasa Di M’sia Dah Lengkap Vaksin

Collage 32

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebentar tadi, Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin melaporkan lebih 50 peratus populasi dewasa telah menerima vaksin lengkap Covid-19 hari ini dan Malaysia kini berada di landasan yang betul untuk mencapai imuniti kelompok,



Menurut NST, sehingga semalam sebanyak 75.3 peratus populasi dewasa di Malaysia telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin dan sebanyak 30 juta dos telah diedarkan di Malaysia setakat ini.

Bagaimanapun, negeri-negeri seperti Sabah dilihat agak ketinggalan dengan hanya 25.8 peratus orang dewasa di sana telah menerima vaksin penuh.

E9Htzpwveam1Qq

Kadar vaksinasi terendah di Malaysia untuk negeri-negeri yang masih belum mencapai sekurang-kurangnya 40% vaksin penuh untuk populasi dewasa termasuklah negeri Johor (32.1%), Kelantan (32.6%), Kedah (33.9%), Pahang (36.8%), Perak (36.7%) dan Terengganu (38.4%).

Manakala negeri dengan kadar vaksinasi lengkap tertinggi dikalangan populasi dewasa adalah Labuan 90.2 peratus diikuti Sarawak (82.5%) dan Lembah Klang (73.8%).

Di Pulau Pinang, 40.5 peratus populasi dewasa telah menerima vaksinasi lengkap diikuti Melaka (42.3%), Perlis (58.1%) dan Negeri Sembilan (67.6%).

Terima kasih kepada semua yang terlibat. Kerja keras ini perlu diteruskan.”

 

Baca: Suntikan Vaksin Kanak-Kanak & Remaja Bakal Bermula Pertengahan September – KJ

Screenshot 2021 08 19 At 2.43.40 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.