in

“Tak kenal maka tak cinta” – Hikmah Masuk Jel Sehari, Dua Lelaki Bertumbuk Di Plaza Tol Kini Sudah Jadi Kawan Baik

Baik Pulak

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Rasanya korang mesti dah tengok video dua lelaki yang dilihat bertumbuk di Plaza Tol Bukit Kiara tempoh hari gara-gara bertelagah di jalan raya.


Mereka berdua kemudian telah disiasat polis dan pihak mahkamah menetapkan setiap seorang untuk bayar denda RM1,000 serta dihukum penjara sehari. Pun begitu, benarlah kata orang setiap ujian yang berlaku pasti ada hikmahnya.

Efnjfe7Ucaecbws
sumber: twitter

Menurut Harian Metro, kedua-dua lelaki terbabit dengarnya sudah berbaik-baik dan kini menjadi kawan rapat. Waaah biar betul ni??

 

“Allah temukan aku dengan Ng Whye Hong untuk memberi pengajaran kepada aku” 

Selepas dijatuhkan hukuman oleh Majistret Noorasyikin Sahat pada Jumaat lalu, Mohd Fazrien Mohd Ziezar, 29 dan Ng Whye Hong, 39, mula berasa menyesal ketika berada di dalam lokap Mahkamah Majistret Kuala Lumpur bersama hampir 50 banduan lain. 

Menurut Fazrien, dia dan Ng mula akrab dan berasa insaf akan tingkah laku masing-masing yang melulu pada 17 September lepas.

“Kenangan 20 September 2019 menjadi memori dan kesedaran pada kami terutama aku… Allah temukan aku dengan Ng Whye Hong untuk memberi pengajaran kepada aku.

“Melihat suasana dan keadaan mereka (banduan) secara langsung timbul keinsafan dalam diri. Saya berada di dalam lokap itu hampir tujuh jam.

“Bayangkan cara percakapan, tingkah laku dan kebersihan diri banduan lain menakutkan saya dengan Ng. Itu saat bermulanya kami berborak dan masing-masing menyesal dengan sikap, emosi serta ego semasa kejadian,” kata Fazrien.

70996530 2528084964095351 1095976543273877504 N
sumber: facebook

Syukurlah dah berbaik semula…. 

 

“Walaupun sekejap berada dalam tahanan, saya rasa seperti hilang segala nikmat” 

Siapa yang suka masuk dalam penjara kan? Kata Fazrien, hukuman yang diberikan mahkamah memang betul-betul memberi keinsafan buat dirinya dan dia pasti takkan ulang lagi perkara yang melanggari undang-undang.

“Walaupun sekejap berada dalam tahanan, saya rasa seperti hilang segala nikmat. Kehidupan boleh ubah sama sekali.

“Ng turut beritahu saya, jika situasi sama berlaku padanya dia tidak akan turun melawan, sebaliknya menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk ambil tindakan,” katanya lagi.

Efnjft Ucaejdgy
sumber: twitter

Malah tambahnya lagi, eloklah kalau pengguna jalan raya yang lain patuhi undang-undang dan jangan jadikan sikap ego memakan diri sampai korang pulak berubah menjadi samseng jalanan.

Dalam pada itu, isu ini juga katanya tak ada definisi salah siapa, siapa yang menang atau siapa sakit kerana semua tu eloklah menjadi kenangan dan rekod peribadi mereka berdua. 

 

“Alhamdulillah bukan saja berbaik malah mereka sweet sedondon baju kelabu…” 

Rata-rata netizen yang mengikuti kisah ini berasa gembira dengan dengan berita kedua-dua lelaki ni berbaik-baik semula. Bagi admin, inilah yang patut mereka lakukan daripada awal-awal dulu.

Kawan
sumber: twitter

Semoga persahabatan mereka berkekalan… 

Baca: “Patutnya wife tenangkan, ni dia api-apikan pulak” – Video Dua Lelaki ‘Bertomoi’ di Plaza Tol Gara-gara Tak Puas Hati Atas Jalan Raya

Tomoi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.