in

“Biasa orang bersinar ramai dengki” – Sajat ‘Back Up’ & Puji Perwatakan Neelofa

Collage 32

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak kebelakangan ini, Neelofa sering dilanda kontroversi gara-gara didakwa telah melanggar SOP beberapa kali sehinggakan satu petisyen dibuat netizen agar dia dan suaminya, Haris Ismail dipenjarakan.


Malah mana-mana artis yang menunjukkan sokongan terhadap Neelofa akan dikecam oleh netizen seperti apa yang berlaku pada Mawar Rashid baru-baru ini.

Pun begitu, usahawan kosmetik sensasi Nur Sajat melalui Instagram peribadinya telah menyatakan sokongannya terhadap bekas pengacara Meletop itu.

Menurut Sajat, sepanjang ‘mengenali’ Neelofa, dia tak pernah melihatnya mengata orang lain dan sering buat hal sendiri sahaja.

Walaupun banyak yang orang kecam beliau, biasanya orang bersinar ini pasti ramai yang dengki..”

Sajat kongsikan yang dia sendiri pernah bertemu dengan Neelofa 6 tahun lepas ketika menemani rakannya yang bekerja sebagai make up artist.

Mengenali Neelofa seorang sangat baik. Rindu time ikut Circle Makeup Artist mekapkan Neelofa 6 tahun lepas adalah kenangan saya bertemu ‘live’ bersama Neelofa.

“Sis! We are always support you. Hidup Neelofa!”

Screenshot 2021 05 21 At 12.08.33 Pm

Semalam, Neelofa dan Haris telah pun dihadapkan ke mahkamah atas pertuduhan ingkar prosedur operasi standard (SOP) namun pasangan ini mengaku tak bersalah. Mahkamah menetap tarikh sebut semula kes pada 4 Jun hadapan.

 

Baca: Neelofa & PU Riz Mengaku Tak Bersalah Langgar SOP Di Mahkamah Majistret Seremban

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.