in

Tak Dapat Duduki Kertas “Add Math” Masa Sekolah, Guru 51 Tahun Akhirnya Dapat Result A Lepas 34 Tahun!

ft guru add math

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seperti yang kita sedia maklum, semalam merupakan keputusan peperiksaan SPM, tahniah buat mereka yang telah meraih keputusan cemerlang dan bagi mereka yang rasa tidak memuaskan, ini bukanlah pengakhirannya.

Bagi kita yang pernah alami situasi ini, pasti ia mengimbau semula kenangan kita dengan keputusan yang kita dapat, ada kalanya terdetik seperti mahu menduduki semula peperiksaan untuk mata pelajaran yang kita rasa perlu dapatkan keputusan cemerlang.


Mungkin itulah hajat seorang guru berusia 51 tahun dari Muar, Johor ini, Liu Xiu Lian akhirnya merealisasikan impiannya itu dan berjaya meraih keputusan A!

Artikel berkaitan : “Reaction dia mahal” – Reaksi Cikgu ‘Unboxing’ Hadiah Hari Guru Raih Perhatian Netizen

Artikel berkaitan : Muncul No.1 SPM Terbaik 2023, Netizen Kongsi Rupanya Tak Mudah Nak Masuk Maahad Tahfiz Negeri Pahang

Menurut Sin Chew Daily, guru matematik dan perakaunan di sebuah sekolah rendah dan menengah Cina memutuskan untuk mempelajari semula Matematik Tambahan demi menebus semula waktu yang dia telah berputus asa dalam subjek itu saat dia mengambil SPM.

Liu Xiu Lian  menduduki peperiksaan untuk mata pelajaran itu dan raih markah A melalui pembelajaran kendiri menggunakan YouTube. Pada Februari 2023, beberapa ibu bapa pelajarnya memintanya untuk mengajar anak-anak mereka untuk mata pelajaran tersebut sempena peperiksaan SPM.

Screenshot 2024 05 28 184930

Biarpun dia tidak pernah belajar subjek itu sendiri, dia memutuskan untuk mengambil risiko dan mempelajarinya sendiri secara dalam talian.

Sepanjang proses pembelajaran tersebut, keazamannya semakin bertambah, dan ia mendorongnya untuk turut serta menduduki peperiksaan mata pelajaran itu sendiri. Katanya, ia adalah untuk membantu pelajarnya dengan lebih baik pada masa hadapan.

“Saya sukakan Matematik sejak kecil. Tetapi waktu saya SPM, saya tidak dibenarkan mengambil kedua-dua mata pelajaran Perakaunan dan Matematik Tambahan sekaligus, dan ia membuatkan saya untuk berhenti belajar Matematik Tambahan ketika itu,” ujarnya.

Screenshot 2024 05 28 185020

Dia mengambil masa selama 2 bulan untuk mempelajari sukatan pelajaran Tingkatan 4 dan Tingkatan 5 dan menghabiskan hampir 10 bulan secara konsisten berlatih dengan soalan peperiksaan percubaan daripada pelbagai buku rujukan dan kertas kerja yang lepas.

Walaupun dia ‘terikat’ dengan tugas mengajar dan menjaga ibunya yang sudah tua,Liu berkongsi bagaimana dia tidak pernah melupakan idea untuk mengambil semula subjek SPM.

Screenshot 2024 05 28 184946

“Apabila saya masuk ke dewan peperiksaan pada hari itu, saya diberitahu saya adalah calon tertua, tetapi saya tidak rasa malu langsung,” tambahnya.

Dia terus menerangkan cara mempraktikkan kertas peperiksaan percubaan dari negeri lain sangat membantu, dia juga percaya bahawa pengurusan masa yang berkesan adalah kunci untama untuk kejayaannya.

Screenshot 2024 05 28 185005

“Apabila saya melihat kertas peperiksaan hari itu, saya tahu saya tidak mampu menyelesaikan semua soalan. Jadi, saya mengutamakan soalan yang mendapat markah tinggi dan memastikan untuk menjawabnya dengan betul.”

Dia menyatakan kegembiraannya dan berkongsi rancangan masa depannya untuk membuka kelas tutorial matematik peringkat tinggi bagi membantu calon SPM mengatasi ketakutan mereka terhadap subjek itu.

Sumber : Sin Chew Daily

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.