in

“Tak boleh maklum jumlah dikuarantinkan” – Banduan Meninggal Dunia Akibat COVID-19 di Penjara Pulau Pinang

Penjara Reman Pp

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Satu lagi kes dikesan di dalam penjara!

Semua petugas dan banduan di Penjara Reman Pulau Pinang hari ini dikesan menjadi kontak rapat dengan banduan lelaki yang meninggal dunia kerana COVID-19, lapor Sinar Harian.


Menurut Pengarah Penjara Reman Pulau Pinang, Mohamed Jusoh Ismail, pihaknya telah mengikut SOP yang ditetapkan dalam menjalankan proses kuarantin dan pengasingan mereka yang terlibat.

Walau bagaimanapun, pihak penjara katanya enggan mendedahkan jumlah kontak rapat yang sedang dikuarantin sekarang.

“Kita mengikut SOP dalam usaha membendung penularan wabak Covid-19 di penjara ini selepas seorang banduan meninggal dunia kerana dijangkiti virus itu, kelmarin.

“Saya tidak boleh maklumkan jumlah mereka yang diasingkan cuma saya boleh beritahu memang ada (petugas dan banduan) yang kontak rapat dengan si mati telah dikuarantin. Mereka juga telah menjalani ujian saringan Covid-19 oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) semalam,” katanya.

845538

Tambahnya lagi, semua petugas dan banduan yang dikuarantin tak menunjukkan sebarang gejala jangkitan.

Malah terdapat juga banduan dan petugas yang tak diasingkan berada dalam keadaan baik selain tak menunjukkan sebarang gejala.

Pun begitu, hari ini ada lagi petugas dan banduan yang menjalani ujian saringan dalam penjara. Pengarah Hospital Pulau Pinang juga hadir untuk membuat pemantauan.

Setakat ini pihak KKM belum dapat maklumkan banduan yang meninggal dunia itu mendapat jangkitan Covid-19 daripada mana.

“Berdasarkan maklumat penjara, pergerakan terakhir si mati (keluar daripada penjara) ialah pada 9 September lalu dan tiada lagi pergerakan selepas itu,” katanya.

845539

Menerusi tinjauan media, pintu masuk penjara kini sibuk dengan keluar masuk kenderaan KKM dan kenderaan rasmi Pengarah Kesihatan Pulau Pinang, Dr Asmayani Khalid bagi menjalankan proses ujian saringan.

Ketika ini dianggarkan kira-kira 2,300 banduan dan 320 kakitangan di Penjara Pulau Pinang.

Kita doakan kes ini tidak menjadi kluster baru seperti di Kedah dan Sabah. Ngeri! 

Baca: [TERKINI] Pekerja Agrobank Sungai Buloh Positif Covid-19, Bank Ditutup Sementara Berkuat Kuasa Hari Ini

Dd 4

Sumber: Sinar Harian
Sumber: Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.