in

[TERKINI] Pekerja Agrobank Sungai Buloh Positif Covid-19, Bank Ditutup Sementara Berkuat Kuasa Hari Ini

Dd 4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Agrobank mengesahkan bahawa salah seorang pekerjanya dari cawangan Sungai Buloh telah disahkan positif COVID-19.


Makluman ini telah dilaporkan melalui satu kenyataan media di laman web rasmi Agrobank.

D1 1

 

Pekerja tersebut kini dilaporkan mendapat rawatan di sebuah hospital kerajaan.

Pada masa yang sama, penjejakan kenalan rapat juga akan dilakukan dan mereka yang mempunyai hubungan secara langsung dengan pekerja perlu menjalani kuarantin selama 14 hari.

Agrobank juga memaklumkan bahawa cawangan Agrobank Sungai Buloh akan menghentikan seketika operasi bermula hari ini, 7 Oktober 2020 sehingga satu tempoh yang akan dimaklumkan kelak.

D3

Buat sementara ini, cawangan Agrobank tersebut akan menjalani proses nyahkuman dan pembersihan bagi memastikan premis berada dalam keadaan yang bersih dan selamat.

 

Baca: 5 Pesakit Disahkan Positif Covid-19 Di Hospital Tung Shin, Kuala Lumpur

Hts3

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.