in

“Tak boleh harap” – 11 Anggota PDRM Positif Dadah, Ada Yang Pernah Kantoi Sebelum Ni!

Collage 47

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Harapkan pegar, pegar makan padi?


Baru-baru ini, Sinar Harian melaporkan seramai 11 anggota polis Perak berpangkat koperal dan lans koperal telah dikesan positif dadah ketika pemeriksaan dijalankan secara rambang Rabu lalu.

Menurut Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash mengatakan ujian saringan air kencing ini telah dibuat ke atas 56 anggota dari dua Ibu Pejabat Polis Daerah di Perak dan 11 anggota polis ini berusia dari umur 35 hingga 51 tahun.

Datuk Mior Faridalathrash Wahid 1655047674

Daripada jumlah itu, sembilan daripada mereka didapati positif dadah jenis methamphetamine dan amphetamine, manakala dua lagi jenis THC.”

Bukan itu sahaja, semakan lanjut yang dibuat juga turut mendapati salah seorang dari mereka pernah ditangkap dan didakwa di mahkamah sebelum ini mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 namun dibebaskan oleh mahkamah dari pertuduhan itu.

Semua yang ditahan ini akan disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana memasukkan dadah dalam badan.

“Tindakan tegas akan diambil terhadap mereka di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952 selain berdepan tindakan tatatertib di bawah Peraturan-Peraturan Pegawai Awam 1993 (Kelakuan dan Tatatertib).”

“Patutnya takde kompromi”

Sebelum ini, Datuk Mior turut memberitahu bahawa ada beberapa anggota polis yang positif dadah walaupun pernah didakwa di mahkamah.

Ekoran ini, ramai netizen yang meminta agar tindakan tegas diambil ke atas anggota polis yang positif dadah ini kerana ianya hanyalah akan memburukkan nama agensi.

Screenshot 2022 07 22 At 2.42.48 Pm Down

Kalau dah sampai berulang tu tak tahu nak cakap apa…

 

Baca: Padah Video Hisap Dadah Tular Di FB, Polis Cekup Lelaki Di Chenderong Balai

Polis Tahan Penghisap Dadah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.