in

“Tak ada SOP & penjarakan fizikal” – Penganjur Acara Edar Ayam Beku Percuma Di Putrajaya Dikompaun

Polis Kompaun Penganjur Program Edar Ayam Beku Percuma

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam, beberapa keping gambar yang memperlihatkan orang ramai menaiki motosikal dan kereta beratur panjang di Presint 9, Purajaya menjadi tular di media sosial.


Edar Ayam Beku Percuma E1610789065932

Menurut laporan Sinar Harian, kesesakan yang berlaku pada hari Khamis, 14 Januari itu berlaku selepas Pemuda UMNO Putrajaya mengagihkan sebanyak 2,000 ekor ayam beku secara percuma.

Disebabkan itu, hampir 2,000 penduduk Putrajaya mengunjungi Rumah Perlindungan Kucing sejak jam 4 petang bagi menerima agihan berkenaan. Hal itu sekali gus menimbulkan kebimbangan warganet mengenai kemungkinan penularan baharu wabak COVID-19.

Malah, ada juga yang berkata terdapat kemungkinan ‘Kluster Ayam’ akan muncul disebabkan agihan berkenaan.

Hari ini, pihak polis dilapor telah mengenakan kompaun kepada penganjur program acara mengedar ayam beku percuma terbabit selepas didapati berjalan tanpa kelulusan polis. Ditambah pula dengan Putrajaya yang ketika ini berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Memetik BernamaKetua Polis Daerah Putrajaya, ACP Mohd Fadzil Ali berkata, kompaun yang dikenakan adalah dibawah Seksyen 22 (B) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 yang menyenaraikan kesalahan umum di bawah Akta terbabit.

Ayam Beku E1610788981865

Kata beliau, hasil siasatan mendedahkan penjarakan fizikal sukar dilakukan dalam kalangan hadirin. Malah Prosedur Operasi Standard (SOP) juga gagal dipatuhi pihak penganjur dan orang awam yang hadir.

“Program pengedaran ayam beku percuma itu dilakukan menggunakan konsep first come first serve. Bagaimanapun, acara itu telah mengakibatkan kesesakan lalu lintas,” tambahnya.

ACP Mohd Fadzil juga menegaskan dalam satu kenyataan bahawa pihak polis tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak dalam menguatkuasakan undang-undang sepanjang PKP.

“Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa mematuhi segala arahan dan SOP yang ditetapkan kerajaan bagi membantu mengurangkan jangkitan wabak COVID-19,” katanya.

Sumber: Bernama, Sinar Harian

Baca: Gara-gara Muncul Kes Positif Akibat Jangkitan Dari Pihak Luar, Sekampung di Tanah Merah Keluar Buat Ujian Calitan COVID 19

Covid Kampung E1610788662567

Sumber: MH Daily
Sumber: MYKMU

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.