in

Gara-gara Muncul Kes Positif Akibat Jangkitan Dari Pihak Luar, Sekampung di Tanah Merah Keluar Buat Ujian Calitan COVID 19

Covid Kampung E1610788662567

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bukan senang kita nak tengok penduduk di satu-satu tempat bersatu padu demi kebaikan bersama ni kan? Tambah-tambah pulak kalau disuruh buat ujian calitan COVID 19 secara sukarela. Takutnya nak kena cucuk hidung! 


Macam manapun, sikap penduduk Kampung Chedok, Tanah Merah patut dipuji kerana hampir kesemua penduduk di sana keluar menjalani ujian calitan COVID 19 berikutan prihatin dengan status kesihatan mereka lepas beberapa kes positif wabak tersebut dicatatkan di kampung tersebut.

137042397 240801650788937 4166235343537052776 N

 

Ujian calitan percuma tarik perhatian penduduk kampung

Menurut Harian Metro, ujian tersebut telah dilaksanakan oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan ia disarankan dilakukan lepas beberapa kes positif dicatatkan di kampung itu berpunca daripada pihak luar.

Seorang penduduk, Noraini Ahmad, 35 berkata, penempatan kampung itu adalah jenis perkampungan asal yang mana kebanyakan penduduk mempunyai pertalian rapat dan dikhuatiri mudah merebak serta menjadi kontak rapat.

138904440 240801584122277 736710715831111223 N

Apabila KKM buat saringan dan ujian calitan secara percuma, penduduk secara sukarela menjalani ujian untuk memastikan status kesihatan masing-masing.

“Daripada sudut positif saya puji usaha KKM dan penduduk kerana bagi kerjasama dan tindakan ini dapat mengelakkan wabak terus merebak,” katanya.

 

Peniaga makan positif COVID 19 punca dari pelanggan luar 

Dalam pada itu, seorang peniaga makan, Nuh Mat Isa, 47, berkata, dia dan isteri serta anak antara individu terawal di kampung tersebut yang disahkan positif COVID 19 pada 5 Januari lepas.

Dia hanya berada di sekitar kawasan Tanah Merah dan Jeli sahaja sehinggalah mendapat tahu dia dijangkiti COVID 19 daripada individu dari luar yang datang makan ke kedainya.

137095713 240801774122258 7102926008481284733 N

“Apabila mendapat tahu saya positif, memang menyedihkan bila orang menjauhkan diri kerana masyarakat masih belum faham sepenuhnya tentang Covid-19.

“Jadi, bila mereka jalani ujian calitan, itu bagus kerana boleh tahu status diri dan jalani kuarantin bagi elakkan lebih ramai berjangkit,” katanya.

Keprihatinan penduduk kampung di Tanah Merah ni patut jadi contoh buat semua. 

Baca:“Yang kita takuti sudah sampai” – Kes COVID 19 Varian UK B117 Dikesan Di Malaysia, Pesakit Merupakan Pelajar Umur 22 Tahun

Varian

Sumber: Facebook
Sumber: Harian Metro
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.