Sebagai muslim, sesibuk mana pun kita dengan kehidupan seharian solat tetap menjadi keutamaan walau dimana pun kita berada.
Mungkin kerana berpegang dengan itu, gadis ini jadi viral lepas gambarnya yang sedang solat di atas rumput dimuatnaik di twitter dan menjadi viral tidak lama kemudian.
“Sbb dah terlambat nak jamak & nak masuk waktu Maghrib dah, she decide utk solat je kat atas rumput tepi jalan…”
Tadi sbb tak familiar with Sri Petaling, aku dengan kakak gagau cari surau nak solat (mostly Chinese place) Sbb dah terlambat nak jamak & nak masuk waktu Maghrib dah, she decide utk solat je kat atas rumput tepi jalan. Kudos to this grab driver sbb sanggup tunggu kami tadi 😭🙏 pic.twitter.com/FqYHemwVQH
— AJ ⋆.˚ ᡣ𐭩 (@AinulNunanaa) August 26, 2019
Gadis tersebut yang dikenali sebagai Noor Aliyah Ali Choon, 26 tahun menjelaskan situasi tersebut katanya dia tiada niat untuk tunjuk alim dengan solat diatas rumput sebaliknya terpaksa kerana waktu Maghrib hampir tiba, lapor Harian Metro.
Katanya gambar tersebut dimuatnaik sepupunya Nur Ainul Jannah Mohamed Alijan pada Isnin lalu sebelum ia menjadi viral dan kini mendapat 2.3k retweets dan 3.1k likes di twitter.
“BUKAN niat saya untuk menunjuk alim sebaliknya memilih solat di situ kerana bimbang tak sempat memandangkan waktu Maghrib hampir tiba,”
Mengulas mengenai ‘situasi’ tersebut, Noor Aliyah berkata dia dan Ainul yang menetap di Jitra, Kedah ke Kuala Lumpur pada hari kejadian pergi ke Sri Petaling kerana ada urusan kerja di sebuah kafe di kawasan itu.
“Kami tiba di Kuala Lumpur agak lewat iaitu 5 petang dan terus ke Sri Petaling menaiki Transit Aliran Ringan (LRT) untuk urusan kerja di situ.
“Selesai tugasan, kami cuba mencari surau atau masjid berhampiran namun tak menemuinya kerana tidak biasa dengan kawasan itu dan mulanya bercadang solat di stesen LRT saja.
“Malah kami sudah menempah perkhidmatan Grab untuk ke stesen LRT berkenaan tetapi pemandu itu dijangka tiba lewat disebabkan kesesakan lalu lintas dan disebabkan masa suntuk, saya nekad solat Jamak di atas rumput saja.
“Namun saya sudah memeriksa kawasan berkenaan terlebih dulu dan tidak teragak-agak untuk solat di situ kerana persekitarannya bersih,”
“Driver Grab bukan Muslim sanggup tunggu sampai saya habis solat…”
Namun apa yang lebih mengharukan, pemandu grab yang ditempah mereka merupakan seorang bukan Muslim dan sanggup tunggu sehingga dia selesai menunaikan solat.
“Walaupun pemandu itu bukan Muslim, dia faham dengan situasi saya dan tak keberatan menunggu.
“Sikapnya itu menunjukkan dia tidak berkira dan tahu menghormati penumpang berlainan agama.
Katanya dia cukup terharu dengan keprihatinan yang ditunjukkan pemandu tersebut sehingga sanggup menunggu dia selesai solat.
Baca : knock 3 times & shout Ah hooo- Rider GrabFood Naik Pening Hantar Makanan Kat Family Pemalu Ni Sebab