in

“Tak ada bodyguard & gaji” – Mahu Terus Bantu Rakyat, TS Annuar Musa Daftar Jadi Sukarelawan Prihatin

Collage 25

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Macam yang korang semua tahu, semalam Tan Sri Muhyiddin Yassin telah pun meletakkan jawatannya sebagai Perdana Menteri Malaysia ekoran tiada sokongan majoriti oleh Ahli Dewan Rakyat.


Justeru ini, ahli kabinet yang telah menerajui negara sejak 18 bulan lalu turut meletakkan jawatan seiring Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Selepas pengumuman tersebut, Bekas Menteri Wilayah Tan Sri Annuar Musa telah pun mengeluarkan kenyataannya meminta maaf atas segala kekurangan sepanjang perkhidmatannya.

Bukan itu sahaja, menerusi Twitter rasminya petang semalam, Tan Sri Annuar Musa turut memberitahu yang dia akan terus berkhidmat untuk rakyat dengan mendaftarkan dirinya sebagai sukarelawan Prihatin.

Ya, dah tak ada pengiring, tak ada pengawal peribadi, tak ada gaji. Tapi bagi sama semua itu adalah pinjaman. Seterusnya? Saya akan berkhidmat untuk rakyat seperti biasa.

“Saya telah daftarkan diri saya sebagai sukarelawan Prihatin dan akan terus bantu golongan miskin gelandangan dan orang yang memerlukan. Esok saya mula, Insyaallah.”

Untuk pengetahuan korang, Sukarelawan Wilayah Prihatin (PriVo) ini diilhamkan sendiri oleh TS Annuar Musa sebagai koordinasi gerakan sukarelawan bagi membuat pengagihan bantuan kepada semua rakyat di Wilayah.

Bagaimanapun, beberapa netizen terutamanya dari Ketereh telah meminta TS Annuar Musa untuk kembali ke negeri perwakilannya dan menggalakkan program vaksinasi di sana supaya boleh segera mendapat imuniti kelompok serta berkhidmat untuk rakyat di sana.

Screenshot 2021 08 17 At 12.52.49 Pm Down

 

Baca: [TERKINI] KJ Sahkan Kabinet Telah Letak Jawatan?

Collage 22

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.