in ,

“Taiikk punya servis…”- Lelaki Kecewa Upah ‘Wedding Planner’ Hampir RM10K Tapi Lauk Tak Cukup, Pinggan Cuci Sendiri

featured 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Setiap pasangan pasti mengimpikan majlis perkahwinan mereka berlangsung dengan meriah dan lancar meskipun perlu membayar jumlah yang mahal bagi mendapatkan servis terbaik daripada ‘wedding planner’ untuk majlis mereka.

Namun adakalanya tak semua yang diimpikan, berjalan seperti  yang dirancang dan diharapkan.


Mohd HesLa Syafiq  di laman facebooknya meluahkan rasa kecewa terhadap satu servis ‘wedding planner’ ni yang telah merosakkan hari bahagia adiknya ahad lalu.

Kecewa dengan servis Wedding Planner Pk N**sir Restaurant & Catering Official.. Janji tinggal janji, majlis perkahwinan adik saya indah khabar dari Rupa.. Majlis sekitar jam 10.00am-03.00pm.. Nasi sudah habis sekitar jam 11.45am, kami terpaksa beli & refill nasi, air, sama lauk..”

 

48051436 2238794386140018 7013159399359250432 n
Sumber : Facebook

Dia berkata adiknya mengambil pakej Platinum yang bernilai RM9500 bagi jumlah tetamu seramai 1200, malah pihak tersebut turut menjanjikan 60 meja selain disediakan kaunter bagi bakso dan aiskrim, namun bila hari kejadian ada 24 meja je.

“Bila acara tiba, jangan kata aiskrim. Nasi apa semua pun tidak mencukupi.. Di janjikan 60 meja, yang ada cuma 24 meja sahaja.. Pihak kami terpaksa order kerusi daripada pihak dewan untuk memuatkan tetamu sebanyak 1200 orang..”

“Pihak keluarga yang terdekat bertungkus-lumus terpaksa berkerja di majlis perkahwinan adik saya demi memastikan tetamu mendapat makanan dan ada ahli keluarga yang terpaksa mencuci piring disebabkan kekurangan piring yang disediakan oleh wedding planner.”

48174243 2238794312806692 3407031804538912768 n 48314822 2238794346140022 4719100045238992896 n

Hesla berkata dia kecewa dengan kejadian tersebut kerana telah memalukan keluarganya. Malah dia akan mengambil tindakan undang-undang bagi memastikan pihak bertanggungjawab ‘refund’ duit yang telah dibayar.

Melalui siasatan yang admin lakukan kat page ‘wedding planner’ ni, rupanya ni bukan kes pertama sebab banyak lagi yang dah jadi mangsa ‘ketamakan’ dan ‘penipuan’ pihak tak bertanggunjawab ni.

Mulut manis, semua dijanji semua out..!

CATERING PALING TERUK MULUT MANIS

“…ayam rasa sabun.”

AYAM RASA SABUN

Penipu mauuu mamposs…!

PENIPU MAU MAMPOS
Sumber : Facebook

Aduhhh banyak rupanya ‘mangsa’ yang dah kena ‘game’ dengan wedding planner ni, so korang lepas ni hati-hati la yer..

BacaTak sampai satu jam gubah, 1 minit hangus dijilat api Rumah Pengantin Hangus Terbakar 2 Hari Sebelum Majlis Kahwin

bakar 768x404 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.