Piala Dunia FIFA 2026 baru sahaja membuka tirai, namun kejohanan terbesar bola sepak dunia itu sudah pun dibanjiri pelbagai momen menarik yang mencuri perhatian peminat.
Antara yang menjadi perhatian ialah satu klip video yang tular di media sosial memaparkan reaksi pemain Afrika Selatan ketika seorang pengadil menyampaikan hukuman dalam perlawanan pembukaan awal pagi tadi.
Menerusi video berkenaan, reaksi pemain berkenaan sebenarnya bukan kerana mereka mempertikaikan keputusan (Video Bantuan Pengadil) VAR atau termenung memikirkan kesalahan yang dilakukan.
Sebaliknya, pemain tersebut dipercayai sedang cuba memahami penjelasan yang disampaikan oleh pengadil berhubung insiden terbabit.
Dalam rakaman itu, pengadil dari Brazil, Wilton Sampaio menggunakan sistem pembesar suara stadium untuk menerangkan keputusan VAR kepada pemain serta ribuan penyokong yang hadir.
Beliau menjelaskan bahawa berlaku kekasaran oleh seorang pemain, sekali gus menyebabkan tindakan disiplin perlu diambil.
Artikel berkaitan: Masjid Ajak Orang Ramai Layan Piala Dunia Sambil Qiamullail, Siap Berikan Makan Percuma
Artikel berkaitan: Didakwa Layan Atlet Macam ‘Suspek’, Amerika Syarikat Cetus Kemarahan Peminat Bola Sepak Dunia!
Já temos o vídeo do mundial, basta porém um brasileiro a falar inglês 😆 pic.twitter.com/HBem19dfbt
— Bilbia mt engarsada (@BilbiaOfissial) June 11, 2026
Namun, apa yang mencuri perhatian ramai bukanlah keputusan VAR itu sendiri, sebaliknya cara penyampaian Sampaio dalam bahasa Inggeris yang dikatakan agak sukar difahami.
Situasi itu mengundang pelbagai reaksi netizen, malah ada yang cuba untuk mendengar secara perlahan apakah yang cuba disampaikan tetapi gagal memahami sepenuhnya apa pengadil itu berkata.

Sementara itu, edisi kali ini mencetuskan satu kontroversi apabila terdapat tiga layangan kad merah seawal aksi pertama.
Sumber: Threads, Stadium Astro
