in

Tahi Tersembur Satu Rumah Lepas Tangki Septik Meletup Gara-gara Lelaki Ni Hisap Rokok Dalam Toilet?!

Merokok Dalam Tandas

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ia satu perkara normal bagi seorang perokok untuk hisap sebatang dua kalau mereka sedang ‘membuang’ di dalam toilet. Tapi tahukah korang, aktiviti ni boleh jadi perkara yang sangat berbahaya kalau tak kena gayanya??


Menurut WORLD OF BUZZ, kejadian yang berlaku di Jawa, Indonesia melibatkan seorang lelaki tempatan mula menyalakan api rokok ketika sedang membuang air besar di dalam toilet. Tengah lelaki ni relax dan melayan perasaan… TIBA-TIBA TANDASNYA MELETUP! Oh mak aiii! 

Measlymindlesskouprey Small

 

Tangki septik rumah mangsa meletup, tahi tersembur ke satu rumah! 

Menurut laporan, bukan tandas rumah dia je yang meletup tapi satu tangki septik rumah tu yang meletup sebab mengandungi terlalu banyak biogas! Haa kat Indonesia tak ada Indah Water keee?

Disebabkan tekanan gas yang kuat, ia merosakkan seluruh rumah lelaki ni sehingga lantainya pecah, ruang tamu, bilik tidur dan dapurnya juga hancur sekelip mata! Tapi tu sikit je, yang lagi teruk seluruh rumah lelaki ni penuh dengan kesan ‘warna coklat’ pada dinding dan lantai rumah. Urghh rasanya korang tahulah apa benda ‘warna coklat’ ni… Yekkk! 

Defenselessfaroffgrayreefshark Size Restricted

 

Masih tak serik-serik, nyalakan batang rokok kedua… 

Orang kampung yang mendengar bunyi letupan tersebut berkerumun datang ke rumah mangsa dan mendapati lelaki itu berdiri di tengah-tengah runtuhan tandas rumahnya.

Tapi lelaki ni nampak chill je macam tak ada reaksi apa-apa yang berlaku di sekeliling, malah masih berani untuk nyalakan batang rokok yang kedua! Wuishhh gilalah!

Chinapress
sumber: wob

Walau bagaimanapun, lelaki ni telah dikejarkan ke hospital dan doktor mendapati mangsa sebenarnya mengalami kecederaan yang agak serius. Macam manapun katanya, kotak rokok di tangan masih tak lepas ye gais… 

Meskipun pihak berkuasa mendakwa yang pembentukan biogas di tangki dan paip pembentungan tak pernah berlaku sebelum ni, mereka tetap ambil langkah berjaga-jaga takut perkara yang sama berulang lagi.

Berhati-hatilah ye bagi mereka yang kerap merokok dalam tandas tu. 

Baca: “BF aku punya besar je” – Pakar Beri Amaran Merokok Boleh Kecilkan Zakar Secara Kekal

Huhu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.