in

“Haruan makan anak” – Lelaki Dipenjara 1,050 Tahun, Rogol Anak Tiri 105 Kali Selama 2 Tahun!

Ft 1050Tahun

Seorang penganggur dijatuhi hukuman penjara 1,050 tahun dan sebatan maksimum 24 kali oleh Mahkamah Sesyen Klang selepas mengaku bersalah merogol anak perempuan tirinya sebanyak 105 kali.

Menurut Kosmo, tertuduh berusia 33 tahun itu didakwa melakukan perbuatan keji itu terhadap mangsa yang berusia 14 tahun selama 2 tahun di sebuah flat di Sungai Way, Petaling Jaya.

Mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani hukuman 10 tahun penjara dan 2 sebatan bagi setiap pertuduhan. Hakim Datin M Kunasundary memutuskan kesemua hukuman penjara itu berjalan secara berasingan bermula dari tarikh dia ditangkap iaitu pada 20 Januari lepas.

Court

Ketika prosiding yang berlangsung hampir 5 jam dari 2.45 petang hingga 7.30 malam semalam, Kunasundary dalam penghakimannya berkata, kesalahan dilakukan tertuduh sangat serius. Katanya kesalahan tersebut adalah keji dan amat berat serta memalapkan hidup seorang kanak-kanak.

Saya harap kamu insaf dalam penjara. Kamu tidak sepatutnya melakukan sesuatu yang ganas walaupun hukuman yang diberikan adalah hukuman minimum, namun mahkamah merasakan memadai dengan mengambil kira jumlah pertuduhan yang dikenakan terhadap kamu.”

Berdasarkan 105 pertuduhan, dia didakwa melakukan perbuatan itu di flat tersebut sejak 5 Januari 2018 hingga 24 Februari 2020 mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara minimum 10 tahun dan maksimum 30 tahun serta sebat.

Hakim

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Nurul Qistini Qamarul Abrar memohon agar hukuman pemenjaraan berat dan sebatan maksimum degan mempertimbangkan faktor kepentingan awam.

Mangsa di dalam kes ini berumur 12 tahun semasa mula-mula dirogol oleh tertuduh dan telah dirogol selama dua tahun sebanyak 105 kali.”

Tertuduh yang merupakan bapa tiri kepada mangsa sepatutnya bertanggungjawab untuk membela mangsa namun merosakkan harga dirinya.”

Akibat daripada perbuatan tertuduh akan menyebabkan trauma seumur hidup kepada mangsa sepanjang hayatnya.”

Perbuatan tertuduh diibaratkan sebagai ‘haruan makan anak’ yang menjadi perhatian serius masyarakat umum yang bertentangan bukan sahaja dari segi undang-undang malahan ditegah oleh agama.”

Haruan1

Mengikut fakta kes, ibu mangsa berkahwin dengan tertuduh pada November 2016 selepas bercerai dengan bapa kandungnya pada 2015. Hanya mangsa dan tertuduh berada di rumah ketika kejadian dan mangsa tidak pernah mengadu kepada sesiapa kerana diugut dan dipukul.

Mangsa akhirnya membuka mulut menceritakan kejadian itu apabila ibunya membawa dia dan adik perempuan ke rumah ibu saudara mereka.

Baca: “Cuba rentas negeri naik teksi” – Lelaki Bangladesh Dipenjara 2 Tahun, Denda RM12,000 Sebab Cuba Rasuah Polis Ketika Ditahan di ‘Roadblock’

Ft Rasuah

Sumber: Kosmo