Zaman sekarang dekat mana-mana pun pasti kita akan terdedah dengan ancaman daripada golongan-golongan ‘aneh’ ni.
Terkini, ada satu video tular mengenai seorang wanita menunjukkan dirinya terkena gangguan seksual daripada seorang pembuli jalanan ketika berada di Lebuhraya PLUS dari Yong Peng hingga ke Senawang.
Artikel Berkaitan : “Main brek dekat lane paling laju” – Anak PM Kongsi Kena ‘Road Bully’ Di Atas Highway
Artikel Berikatan : Polis Siasat Kes ‘Road Bully’ Pemandu Proton Iriz Dan Nurul Ilham Akan Dipanggil Polis
Jelas wanita ini, dia telah diekori oleh seorang pemandu lelaki tetapi tidak tahu sejak bila dan dari mana, perkara itu mula dihidu apabila wanita ini cuba memperlahankan kenderaan dan lelaki tersebut juga ikut perbuatan yang sama.
Katanya, sebelum video itu dirakam, lelaki tersebut sudah cuba berada di barisan sebelah untuk berkomunikasi dengan wanita ini, pada mulanya wanita itu sangkakan mungkin lelaki itu mahu memberitahu bahawa ada masalah dekat tayar keretanya, namun lain pula jadinya.
https://twitter.com/brgsjks/status/1704653213360951581?s=46&t=_3sg17_Fapbql12fjSiLBg
“Jantan ni suruh aku berhenti tepi nak nombor eh. Aku dari lane kanan tau, pergi lane kiri saja nak rakam. Lepas dia bagi double signal dia, dia bagi signal kiri. Nak suruh berhenti kat depan.”
Difahamkan, perbuatan ‘mencucuk-cucuk’ atas jalan yang dilakukan oleh lelaki tersebut dibuat beberapa kali.
“Aku drive ni sambil mengigil eh. Memikirkan berapa lama dia nak ikut kereta aku, masa ni dah masuk Melaka kot.”
Tambahnya, perkara yang menggerunkan ini berlaku selama sejam lebih sepanjang dia berada di atas jalan. Walau bagaimanapun, wanita ini akhirnya berjaya ‘melarikan diri’ daripada ancaman lelaki tersebut.
Katanya, dia ‘cantas’ masuk ke kiri untuk menuju ke kawasan R&R tanpa memberikan sebarang isyarat. Jadi, lelaki yang cuba melajukan kenderaan untuk mengejarnya tidak sempat untuk ekorinya.
“Tapi nangis ah lepastu sorang-sorang dalam kereta. Terfikir nak keluar check kereta kot-kot memang ada sesuatu kan tapi tak berani. Jika lelaki tersebut cuba nak menakut-nakutkan aku, tahniah awak berjaya.”
Dia mengatakan bahawa dirinya dianggap bertuah sebab berjaya menyelit sewaktu tengah melajukan kenderaannya.
Disebabkan kejadian ini, wanita tersebut berpesan kepada kaum wanita di luar sana agar berhati-hati, jangan terlalu pandang remeh jika korang hanya berimej ‘biasa-biasa’ akan terselamat daripada gangguan lelaki psiko.
Sumber : X