in

“Main brek dekat lane paling laju” – Anak PM Kongsi Kena ‘Road Bully’ Di Atas Highway

Ft Anak Pm Kena Road Bully

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Anak kepada Perdana Menteri Malaysia, Nurul Illham Anwar kongsikan detik beliau menjadi mangsa road bully. Perkara tersebut dikongsikan Ilham sendiri menerusi satu video yang dimuat naik di akaun Twitter miliknya dan meraih lebih 1,000 jumlah retweets dalam masa 4 jam.

 

Asyik tekan brek dekat lane kanan


Menurut Nurul Illham, kereta jenis Perodua Axia berwarna hijau itu kerap menekan brek semasa berada di hadapannya walaupun tengah berada di laluan paling kanan iaitu laluan paling laju untuk memotong.

Kata beliau lagi, pemandu tersebut merupakan seorang wanita dan ia membuatkan Nurul illham rasa bimbang kerana ada bawa anak kecil berusia 2 tahun bersamanya pada ketika itu.

“Saya biasanya tidak menyiarkan perkara ini tetapi saya dibuli di jalan raya hari ini. Kereta ini terus menekan brek di lorong terpantas.”

“Sangat berbahaya dan saya mempunyai anak yang berumur 2 tahun bersama saya. Berada di sana selama satu minit sebelum dia bertukar ke lorong seterusnya.”

Tambah beliau lain, insiden tersebut mula terjadi sewaktu berada di sebuah plaza tol apabila si pembuli itu telah membunyikan hon kearahnya.

“Mula-mula nampak kereta ini dekat pintu tol apabila dia membunyikan hon ke arah saya untuk menuju ke lorong Touch N Go.”

“Saya telah memberi isyarat untuk pergi ke kiri, tetapi saya tidak nampak sebarang isyarat untuk dia pergi ke kanan (ke arah lorong Smart Tag). Rasanya dia marah tentang itu.”

Haih, bayangkan kalau tuan kereta ni dapat tahu orang yang dia pedajal tu sebenarnya anak PM.

Baca : [VIDEO] Pemuda Berlagak Samseng Di Jalan Raya Lepas Gagal Potong ‘Queue’ Di Lampu Isyarat

Page 15

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.