Korang pernah tak alami situasi apabila korang tiba-tiba kena sound atau kena nasihat atas kesalahan yang korang tak buat?
Haaa inilah yang berlaku kepada penyanyi Sufian Suhaimi lepas tak ada angin tak ada ribut dia tiba-tiba kena ‘nasihat’ dengan seorang makcik di Instagram. Aik dah kenapa makcik tu?
“Kenapa awak tak jadi Sufian yang dulu… awak kemas… bijak… napa awak ubah imej semata-mata nak tunjuk awak frust?”
Semuanya bermula bila Sufian telah memuat naik satu posting dengan caption ‘Rindu’.
Dalam posting tu, Sufian kelihatan kusut masai sambil menggayakan pakaian menyelam. Terselit juga di gambar sebelah penyanyi rappers Zynakal yang sedang menyelam.
https://www.instagram.com/p/B2Bl_CVF1Bm/
Pun begitu, tak sangka pulak gambar Sufian tersebut telah mendapat perhatian seorang makcik Instagram yang menuduh Sufian nampak kusut masai kerana dia masih tak move on dengan hubungan yang lalu. Pulak daaah!
“Apa ni makcik. Saya jarang reply komen orang tapi makcik nampak risau betul ni”
Rasa agak terganggu dengan komen yang dilemparkan makcik tersebut, Sufian kemudian membalas yang gambar tersebut tiada kena mengena dengan masalah hubungan lampaunya dan dia sudah lama move on.
Dia upload gambar tersebut kerana rindu terkenang sahabatnya Zynakal yang sedang sakit sekarang. Lahaiii makcik ni pun…
“Makcik tu ambik berat sambil membawang sekali”
Rata-rata netizen yang membaca posting tersebut memang mengecam habislah makcik tu kerana mempunyai ‘semangat’ membawang yang tinggi sampaikan ‘terbawang’ perkara yang salah pulak.
Apa-apapun bagi admin, tak payahlah korang nak membawang pasal artis ni. Biarlah mereka nak buat apa pun. Bila dah tersalah membawang macam ni, mesti malu kan?
Baca: “Zynakal kelihatan sihat, cuma apabila ditanya..” – Rakan Baik Dedah Siapa Sebenarnya Zynakal