in

Surau Di Seksyen 23 Shah Alam Ditutup Serta Merta, Tular Ada Ahli Jemaah COVID 19 Kluster Sivagangga

Jannah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kes Kluster PUI Sivagangga ternyata membawa bahana bukan saja di negeri Kedah, namun kini katanya sudah merebak ke Shah Alam, Selangor pula.


Melalui perkongsian Facebook Media Selangor, surat rasmi Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah dikeluarkan terhadap Surau Al-Jannah Seksyen 23, Shah Alam yang meminta surau tersebut ditutup serta merta berikutan ahli jemaah surau yang mempunyai kontak rapat dengan individu positif COVID 19. 

Kontak rapat itu katanya mempunyai kaitan dengan Kluster Sivagangga yang sedang merebak pantas di beberapa mukim di Kedah.

#PENTING | Surau Al-Jannah, Seksyen 23 Shah Alam DITUTUP sementara serta-merta!Ada suspek kes Covid-19, Kluster Sivagangga.

Posted by Media Selangor on Jumaat, 7 Ogos 2020

 

Turut diarahkan tutup juga adalah Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) yang beroperasi di surau tersebut.

Menurut Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Mohd Shahzihan Ahmad berkata, hanya 3 petugas jawatankuasa dibenarkan untuk memimpin solat fardhu di solat berkenaan.

Dia juga menambah jawatankuasa surau juga perlu memastikan individu berkenaan menjalankan saringan COVID-19 dan melaporkan keputusan itu kepada JAIS, lapor Astro AWANI.

“Kita juga mengarahkan jawatankuasa surau untuk sentiasa memantau rapat perkara ini dan mengingatkan para jemaah dan ahli kariah untuk meningkatkan langkah-langkah pencegahan,” katanya lagi.

Aduhai… inilah mimpi ngeri yang ditakuti ramai ni! Semoga kita semua dijauhkan daripada wabak ini. 

Baca: “Terlalu cepat merebak daripada virus asal” – KKM Khuatir Kluster Sivagangga Jenis SUPER SPREADER?

Super

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.