Meskipun masih ‘hijau’ dalam industri hiburan ni, nama Iman Troye tidak asing lagi dalam kalangan peminat muda.
Tambahan pula lagunya, Teman pun agak catchy dan sedap didengar, padanlah gadis kecil molek berusia 19 tahun ni ada pengikutnya tersendiri di media sosial.
Pun begitu, semalam nama Iman Troye tiba-tiba sahaja trending di Twitter gara-gara dia dikecam peminat KPOP disebabkan komen yang ditinggalkan penyanyi tersebut di salah satu posting portal berita.
Ko ingat plastic surgery takkan tumbuk jerawat ke… ya Allah.” tulis Iman.
“Iman Troye is cancelled long time ago” – Netizen
Gara-gara komen tersebut, Iman telah menerima kecaman hebat daripada peminat artis KPOP sehingga ada di antara mereka katanya mengugut untuk bunuh penyanyi muda ini. Adoi….
“I’m trying to back up sebab i sendiri minat kpop”
Terkejut dengan tuduhan dan kecaman yang diterimanya di media sosial, Iman kemudian memuat naik penjelasannya di Twitter berkenaan isu tersebut.
Menurutnya, tujuan dia meninggalkan komen berkenaan di media sosial adalah untuk ‘backup’ artis KPOP terbabit yang dituduh melakukan pembedahan plastik oleh netizen dan bukannya mengecam seperti yang disangka ramai.
https://twitter.com/imantroye/status/1386348060628815872
https://twitter.com/imantroye/status/1386348958415417346
https://twitter.com/imantroye/status/1386349869950930947
Perkara ini semua juga menurutnya terjadi akibat salah faham peminat dan rata-rata peminat KPOP yang memahami isu tersebut mula memohon maaf serta membidas kenyataan fans KPOP lain, yang menurut mereka membuta tuli dalam mengecam orang lain.
Haih sabar je lah ye Iman. Harap fans KPOP terima permohonan maaf tu dan tak marah-marah lagi.