Makin hangat! Meskipun sudah membuat laporan polis serta menafikan dakwaan yang mengatakan dia menghina Lisa Blackpink di media sosial, nama Janna Nick tetap menjadi kecaman sebahagian besar peminat Kpop.
Isu ini katanya bertambah buruk selepas beberapa netizen membuat dakwaan bahawa pelajar Malaysia di Korea kini telah terkesan dengan isu penghinaan yang dilakukan pelakon wanita tersebut. Erkkk biar betul ni!
Pelajar Malaysia kena ‘remove’ dari group belajar?
Menerusi beberapa posting di Twitter menggunakan hashtag #jannanickisgoingtojailparty, netizen mendedahkan kononnya seorang individu yang mempunyai kenalan pelajar Malaysia yang belajar di Korea Selatan telah dikeluarkan daripada group WhatsApp tugasan universiti mereka.
Kisah tersebut dikongsikan oleh sebuah portal hiburan menerusi screenshot WhatsApp berikut:
Perkara yang sama juga dikongsikan netizen lain yang mana mereka meluahkan rasa sedih keadaan pelajar Malaysia di Korea yang terkesan dengan isu tersebut.
Sehingga setakat ini, hashtag berkaitan Janna Nick dan isu hangat tberkenaan masih lagi trending di Twitter dengan lebih 40,000 tweet.
Walau bagaimanapun, masih belum ada kenyataan rasmi dari pihak berwajib yang mengiyakan situasi pelajar Malaysia di Korea seperti yang diperkatakan netizen di atas.
Admin berharap netizen di luar sana janganlah lagi keruhkan keadaan dan kepada artis yang terlibat, diharap sedarlah akan kesilapan yang dilakukan kerana ia memberi impak besar kepada kebanyakan orang.
Semoga kita sentiasa positif selalu.
Baca: Janna Nick Diserang Peminat K-pop Sampai Delete IG & Twitter Gara-gara Panggil ‘Lisa Blackpig’?