in

“Suka uban & gigi palsu” – Lelaki Ini Ada Minat Pelik, Hanya ‘Date’ Perempuan Jauh Lebih Tua

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Setiap orang mempunyai kriteria sendiri dalam mencari pasangan ideal. Ada yang mahu pasangan mereka mempunyai rambut yang panjang dan ada pula yang mahukan pasangan mereka mempunyai facial hair.


Lelaki dari Pittsburg, Amerika Syarikat ini juga sama saja. Cuma minat pemuda ini agak unik kerana dia hanya date wanita yang jauh lebih berusia daripada umurnya.

Muncul dalam rancangan televisyen TLC’s My Strange Addiction, Kyle, 31, mendedahkan dia suka wanita tua kerana bau mereka, uban dan gigi palsu.

“Saya suka segalanya tentang wanita lebih tua. Saya sukakan bau mereka dan saya sukakan mentaliti mereka,” katanya. 

Mula tertarik pada wanita tua sejak berada di gred 6

Menerusi rancangan televisyen terbabit, Kyle mendedahkan kali pertama dia perasan minatnya pada wanita tua adalah semasa di sekolah rendah.

“Saya ada seorang guru yang sangat seksi dan umurnya ketika itu mungkin kira-kira 65 tahun. Dia mempunyai rambut ‘platinum’ dan dia sangat cantik,” jelasnya.

Selain bercerita mengenai minat uniknya, Kyle juga mendedahkan wanita yang lebih berusia hebat ketika di bilik tidur.

Dalam pada itu, Kyle berkata rakan-rakannya pernah cuba untuk mendesaknya supaya menjalinkan hubungan dengan wanita yang lebih dekat dengan usia Kyle. Namun begitu, usaha terbabit tidak membuahkan hasil.

“Saya mengaku, wanita seusia saya memang cantik tapi mereka belum matang lagi,” katanya.

Sumber: Daily Star

Baca: Sebaya Umur Ibu Bapa Pengantin Lelaki, Jarak Usia 47 Tahun Tak Halang Nenek Nikahi Duda

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.