in

Sebaya Umur Ibu Bapa Pengantin Lelaki, Jarak Usia 47 Tahun Tak Halang Nenek Nikahi Duda

Nenek Kahwin Duda E1618025490789

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bak kata pepatah, kalau sudah jodoh tidak akan ke mana.


Itulah ungkapan yang sesuai untuk menggambarkan perkahwinan sepasang suami isteri yang berlangsung di Kampung Slahung, wilayah Ponorogo, Jawa Timur, Jumaat lalu.

Yainem E1606557096408

Meskipun mempunyai perbezaan umur 47 tahun, ia tidak menghalang Yainem, 76, untuk menerima pinangan suaminya, Jamhar Ali Nursahid yang berusia 29 tahun.

Memetik laporan beritajatim, Yainem, seorang janda kematian suami telah menolak lima pinangan lelaki lain untuk bernikah dengan suaminya yang berstatus duda itu.

Difahamkan, walaupun usia Yainem sebaya dengan ibu bapa Jamhar, penyatuan mereka itu adalah atas dasar suka sama suka dan tiada paksaan dari mana-mana pihak.

Nenek Yainem Nikahi Pemuda 29 Tahun E1606557302786

Menurut Yainem, dia pertama kali berjumpa suaminya itu di Pasar Slahung sebelum kedua-dua mereka menyuarakan rasa hati sebulan kemudian.

Yainem mengaku, pada mulanya dia ragu-ragu dengan hasrat hati Jamhar yang mahu menikahinya ekoran usia lelaki itu yang jauh lebih muda.

Ketika ditanya, Jamhar berkata dia ikhlas mencintai isterinya meskipun jurang usia mereka terlalu jauh. Malah, lelaki itu mengaku Yainem mampu memberi ketenangan buat dirinya.

Jadi, buat yang single tu, jangan risau. Mungkin pasangan korang belum lahir lagi. Apapapun, semoga perkahwinan pasangan ini berkekalan sehingga akhir hayat.

Sumber: beritajatim

Baca: “Kita buktikan cinta kita real” – Wanita 62 Tahun Buat Plastic Surgery Nak Nampak Cantik Lepas Kahwin Suami Unmur 26 Tahun

Ft1 1 E1606611656833

Sumber: beritajatim
Sumber: Tribunnews

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.