in

“Sudah dua ke tiga hari saya hilang deria bau, suhu badan okay” – Alif Satar Respon Kecaman Netizen Lepas Positif Covid-19

Alif4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Setelah beberapa hari menjalani kuarantin, Alif Satar yang disahkan positif Covid-19 hujung minggu lalu akhirnya tampil ‘buka mulut’ terhadap komen-komen negatif yang dilemparkan kepadanya.


Kata Alif, dia mengikut SOP ketika ke mana-mana sahaja dan sewaktu menjalani penggambaran di Melaka, keputusan yang diperolehinya adalah negatif dan sambung kerja macam biasa.

Malah, ketika ditanya oleh Harian Metro mengenai kecaman tersebut, Alif berkata dia tidak marah dan tidak ambil pusing.

 

Kalau ada atau masih menghentam tidak apa sebab mereka tak tahu situasi. Saya tidak marah pun. Nak kata, kata lah.”

Menyedari ada yang memepertikaikan kenapa tak duduk di rumah selepas selesai menjalani ujian saringan kali pertama, Alif menegaskan dia tidak ada kontak dengan sesiapa, jadi tidak perlu kuarantin dan ia merupakan arahan daripada petugas kesihatan.

“Ini arahan diberikan oleh petugas kesihatan. Pendek kata, saya tidak kisah sebab yang bercakap ini mereka tak tahu. Mereka juga tidak rasa dan berada dalam situasi saya,” katanya.

Kata Alif lagi, ia perkara yang tidak dijangka kerana dia tidak bergejala dan mengalami demam. Mengenai perkembangan terkininya, Alif yang kini ditahan di Hospital Melaka menjelaskan bahawa dirinya kini dalam keadaan stabil.

“Alhamdulillah, selepas lima hari empat malam di sini, saya okay dan stabil. Tekanan darah, buah pinggang dan lain-lain termasuk selera makan semuanya okay.”

Namun dia kehilangan deria bau sejak tiga hari lalu.

“Sudah dua ke tiga hari saya hilang deria bau. Difahamkan ini antara gejala wabak ini. Saya pakai sabun mandi dan deodaran pun tak boleh hidu bau. Namun, yang lain semuanya okay.

“Alhamdulillah, saya ditempatkan sebilik dengan pembantu peribadi. Disebabkan di sini tidak ramai pesakit Covid-19, jadi banyak katil kosong. Kami dijaga baik oleh kakitangan dan jururawat di sini,” katanya.

 

Terpaksa tolak tawaran dan tangguh penggambaran

Sepanjang tempoh rawatan, Alif juga melakukan aktivitinya di hospital sama seperti di rumah.

“Aktiviti di sini saya buat macam-macam. Saya cuba buat aktiviti seperti di rumah. Contoh, pada waktu pagi saya jogging keliling bilik. Pada sebelah malam, saya bangun untuk solat tengah malam,” katanya.

Kedua ibu bapanya kini sudah bebas Covid-19 dan dibenarkan keluar dari Hospital Sungai Buloh, hari ini. Namun, adik bongsu dan datuknya masih lagi dirawat di hospital sama.

Malah Alif juga terpaksa membatalkan beberapa program yang sudah diatur.

“Saya terpaksa tolak dua program bersama RTM. Penggambaran drama Penjara Janji pula ditangguhkan. Saya juga akan terbabit dengan penggambaran filem pada 9 Disember ini. Harapnya saya sempat nak buat,” katanya.

Sama-sama kita doakan semoga Alif sekeluarga dan rakan-rakan artis yang lain cepat sembuh.

 

Baca : “Bimbang akan keadaan isteri dan anak” – Ibu, Ayah, Adik & Pembantu Peribadi Alif Satar Positif COVID 19

Alif 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.