in

“Sudah ada kes tidak bergejala tapi positif covid” – Kerajaan Disaran Buat Ujian Saringan COVID 19 Seluruh Kedah

Rosak Satu Kedah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kemunculan beberapa kluster baru dan meningkatnya kes mendadak di Kedah membuatkan pakar virologi, Prof Dr Sazaly Abu Bakar mencadangkan supaya kerajaan membuat ujian saringan lebih menyeluruh di seluruh Kedah bagi mengesan penularan COVID 19 dengan lebih berkesan. 


Menurutnya lagi, ini juga berikutan kebimbangan masyarakat terhadap pengesanan kes tidak bergejala di Kedah, lapor Berita Harian.

“Buat masa ini, tindakan kerajaan Kedah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Secara Pentadbiran di beberapa kawasan dilihat wajar bagi membendung penularan wabak itu.

“Ujian saringan ketika ini hanya dilakukan terhadap mereka yang bergejala dan mereka yang ada kontak rapat dengan kes.

“Bagaimanapun, saya melihat ujian saringan perlu dilakukan secara menyeluruh kepada semua rakyat dan mereka yang berada di negeri itu kerana sudah ada kes yang tidak bergejala tetapi positif COVID-19,” katanya lagi.

Screen Shot 2020 08 14 At 7.33.49 Pm 492X285 1

Walau bagaimanapun, Pakar Sistem Kesihatan Universiti Oxford, Dr Khor Swee Kheng, berpendapat keputusan kerajaan Kedah melaksanakan PKPD secara pentadbiran di beberapa kawasan adalah wajar dan tepat.

“Keputusan ini akan melindungi warga Kedah dari segi kesihatan awam dan pembendungan wabak. Kedua, keputusan ini selaras dengan falsafah PKP bersasar dan bukan PKP untuk seluruh negara.

“PKP bersasar akan mengurangkan kesan dari segi ekonomi dan kesihatan mental. Ketiga, keputusan PKPD secara pentadbiran dibuat oleh kerajaan negeri, bukan kerajaan Persekutuan sekali gus menggambarkan keupayaan kerajaan negeri,” jelas Dr Khor.

Screenshot 20200817 142432 800X445 C

Sehingga kini, Kedah telah mencatatkan 4 kluster COVID 19 iaitu Kluster Sivagangga, Kluster Tawar, Kluster Muda, dan Kluster Sala yang babitkan daerah Kubang Pasu, Padang Terap, Kulim, Baling, Kuala Muda dan Yan.

Pelaksanaan PKPD Secara Pentadbiran di seluruh Kedah katanya akan menjejaskan ekonomi negeri yang boleh menyebabkan kerajaan negeri kerugian berbilion ringgit.

Apa pendapat korang? Wajar ke semua orang Kedah buat test COVID 19? 

Baca: “Kuarantin kat rumah konon” – Punca Kluster Sivagangga Makin Teruk Hingga 5 Sekolah Di Kedah Diarah Tutup Serta Merta

Siva

Sumber: MYNEWSHUB
Sumber: Mykmu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.