in

Subhanallah! Kota London Bercahaya Sempena Bulan Ramadan Buat Pertama Kali

Ramadan Lights

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selepas terlihatnya anak bulan Ramadan, maka bermulalah umat Islam seluruh dunia berpuasa, bermula dari terbit fajar sehingga terbenamnya matahari. Umat Islam dijangka akan berpuasa sehingga 21 April tahun ini.


Di London tahun ini, sambutan bulan mulia itu sedikit berbeza dari tahun-tahun sebelum ini, buat pertama kalinya, Ramadan akan disambut dengan paparan cahaya di tengah-tengah kota London dan juga di Piccadilly Circus.

Ramadan Lights adalah hiasan lampu yang pertama dilakukan bagi meraikan bulan suci di United Kingdom dan Eropah. Ia akan menyala di Coventry Street (antara Piccadilly Circus dan Leicester Square) sehingga 21 April ini.

Menurut Time Out, sekitar 30,000 lampu digunakan bagi membentuk 61 bulan dan untuk menjadikan ia lebih mampan, lampu LED yang digunakan lebih cekap tenaga.

Datuk Bandar London, Sadiq Khan yang dilantik pada tahun 2016 merupakan individu Muslim pertama yang memegang jawatan tersebut.

“Saya gembira bahawa London adalah bandar utama Eropah pertama yang menganjurkan paparan cahaya  menakjubkan untuk menyambut Ramadan.

‘Ramadan Lights’ adalah simbol sebenar bagaimana ibu kota (London) meraikan kepelbagaian kita,” katanya.

Sebelumnya, lokasi tersebut biasanya dihiasi dengan lampu dan hiasan sepanjang bulan Disember bagi menyambut Krismas.

Baca: Jom Tengok Menu Wajib Ketika Ramadan Di 7 Negara Lain, Kita Pun Boleh Cuba!

Collage 47

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.