Sebagai seorang bapa, admin rasa pelakon Norman Hakim bolehlah berbangga kerana dia mempunyai anak-anak yang bukan saja sempurna dari segi paras rupa tapi hebat juga dari segi agamanya.
Bagi yang tak tahu, anak sulung Norman, Danish Hakim, 15, kini sudah pun bergelar seorang huffaz yang telah berjaya menghafal 30 juzuk Al-Quran. Alhamdulillah!
https://www.instagram.com/p/Bvd_t2hBp2b/
Jom Al-Kahfi dengan Al-Hafiz Danish Hakim!
Bagi yang tertanya-tanya bagaimana agaknya keadaan Danish ketika mengalunkan surah dalam Al-Quran, baru-baru ni Norman Hakim telah memuat naik video di IGTV yang menunjukkan anaknya sedang melafaz Surah Al-Kahfi.
Min lihat wajah Danish ni tenang je dan tergagap-gagap pun. Hebat Al-Hafiz ni kan boleh hafal surah panjang-panjang.
https://www.instagram.com/p/BxRGH89nmxK/
“Sejuk perut ibu mengandung, terharu dengar”
Rata-rata netizen yang mendengar alunan Surah Al-Kahfi dari Danish berasa terharu dan anggap Norman serta Abby beruntung ada anak seorang penghafaz Al-Quran. Kan…

“Bergelora makcik-makcik dengar. Semua beratur standby nak amik jadi menantu dah ni”
Bila dah ada wajah yang kacak lepas tu bijak pulak hal ilmu agama ni.. haa apa lagi, ramai lah yang nak buat menantu. Ye dak?

Apa-apapun min doakan semoga Danish Hakim terus berjaya dalam hidup dan fokus dalam pelajaran ye. Bab-bab jodoh ni nanti boleh fikir tau!