in

“Selamat bertemu dengan arwah di alam sana nanti” – Bunuh Kerat 8: Lelaki Singapura Didakwa Hari Ini

Mati 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Akhirnya… lelaki warga Singapura yang terbabit dalam kes membunuh dan isteri dan anak tiri dengan mengerat tubuh mereka kepada lapan pada 10 Oktober lepas telah dihadapkan ke Mahkamah Masjistret Melaka hari ini.


Menurut Harian Metro, tertuduh, Shahrul Nizam Zuraimy, 31, hanya mengangguk faham lepas pertuduhan dibacakan kepadanya di hadapan Majistret Muhammad Nazrin Ali Ramli. 

Kenapa
sumber: hm

Walau bagaimanapun, tiada pengakuan yang direkodkan daripada tertuduh kerana kes itu di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

 

Tertuduh hanya mendiamkan diri 

Sepanjang prosiding berlangsung, Shahrul Nizam yang memakai baju T-hitam dan seluar jeans tu dilihat hanya mendiamkan diri.

Berdasarkan pertuduhan pertama, lelaki itu didakwa membunuh isterinya, Norfazera Bidin, 27 dan pertuduhan kedua pula, dia dituduh membunuh anak tirinya, Muhammad Iman Ashraf Abdullah, 11. 

Mangsa
sumber: blog

Shahrul Nizam didakwa melakukan perbuatan itu dekat sebuah rumah di Taman Merdeka Jaya, Batu Berendam, Melaka antara jam 9 malam 6 Oktober hingga 1 pagi 7 Oktober lalu.

Tertuduh bakal didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan. Timbalan Pendakwa Raya, Anis Najwa Nazara juga tidak mencadangkan sebarang jaminan terhadap tertuduh.

Mahkamah kemudian menetapkan tarikh 16 Disember depan untuk sebutan semula kes sementara menunggu laporan bedah siasat.

 

“Kenapalah kau zalim sangat… sekarang kau dah hilang segala-galanya” 

Rata-rata netizen yang mengikuti kes ini ternyata tidak bersimpati langsung dengan tertuduh dan berharap dia berubah sebelum sampai ke tali gantung nanti.

Selamat 2
sumber: facebook

Al fatihah buat mangsa dan semoga tertuduh bertaubat akan kesalahannya. 

Baca: “Motif bunuh sebab marah?” – Suspek Kes Bunuh Kerat Lapan Ditangkap, Polis Sahkan Kes Dah Selesai

Bunuh

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.