
Kejam! Pertengkaran antara suami dan isteri bertukar jadi peristiwa berdarah apabila si suami telah disyaki menikam isterinya dekat sebuah pasaraya berdekatan Taman Bukit Dahlia, Pasir Gudang, Johor Bahru Sabtu lepas (10 November).
Menurut Harian Metro, kejadian ini berlaku sekitar jam 9.30 malam dan mangsa yang berusia 21 tahun telah cedera parah ditikam di bahagian leher, bahu dan dada menggunakan pisau pemotong sayur.
Viral video mangsa terbaring atas jalan, mengerang kesakitan
Susulan kes tersebut, viral di Facebook video mangsa terbaring atas jalan raya meminta tolong sambil memegang lehernya yang berdarah selepas ditikam bertubi-tubi oleh si suami yang tidak berhati perut. Allahu!
Beberapa gambar mangsa juga telah tular dan ahli keluarga mangsa pada masa yang sama meminta bantuan netizen untuk sebarkan perkara ini kepada orang ramai supaya suspek yang menjadi buruan polis ini ditangkap dengan segera.




Mangsa terima jahitan di leher, kini dalam proses penceraian dengan suami
Mujurlah dengan bantuan orang ramai mangsa mendapat rawatan di Unit Kecemasan Zon Merah Hospital Sultan Ismail (HSI) dan kini berada dalam keadaan stabil lepas menerima jahitan di leher.



Menurut laporan polis, siasatan awal mendapati mangsa dan suaminya yang berusia 24 tahun itu sebenarnya dalam proses penceraian. Kes ini bakal disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan.
Sehubungan dengan itu, pihak polis memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian berkenaan untuk tampil bantu siasatan dan salurkan maklumat di mana-mana balai polis berhampiran.
Anda juga boleh saja Hotline Polis Kontinjen Johor di talian 07-2212999 atau Hotline Polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seri Alam di talian 07-3864222.
Semoga suspek segera di tangkap polis dan mangsa cepat sembuh dari kecederaan yang dialaminya.