Isteri Ugut Bunuh Diri Sebab Benda Remeh Ni?!

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Biasalah kalau suami dan isteri berbalah sekali sekala. Tapi pasangan ni extreme sikitlah…

Menurut WORLD OF BUZZ, suami dan isteri dari Ningxiang, Hunan, China ni bergaduh sampaikan isterinya ugut nak bunuh diri disebabkan tak dapat beli baju yang dia nak. Wert?!

Pihak polis menerima laporan pada 9 September lepas, seorang wanita cuba untuk bunuh diri dengan cara nak terjun dari tingkat 11. Bila mereka tiba di tempat kejadian, suaminya tengah halang isteri yang tengah meronta dari terjun.

Sumber: WOB

Dengan bantuan polis, mereka berjaya turunkan wanita tu dan bila keadaan dah tenang, polis cuba dapatkan cerita sebenar. Memeranjatkan, wanita tu cakap yang dia buat macam tu sebab suaminya enggan bagi duit untuk beli baju baru. Alahai, sebab tu je ke?

Sumber: WOB

“Sebab baju yang berharga RMB100 (RM60), dia berikan saya pandangan menjengkelkan. Cuma RMB100, tapi dia tak nak bagi!

“Bila saya mintak lagi, dia bagi dan terus keluar tanpa hiraukan saya. Dia tinggalkan saya keseorangan!”

Masa wanita tu tengah luahkan perasaan dia dekat polis, suaminya hanya berdiri di tepi dan tak cakap apa pun.

Sumber: WOB

So, pihak polis just tenangkan wanita tu serta menasihatkan supaya pasangan tu berbincang secara baik tanpa ambil keputusan yang terburu-buru.

Tak sangka sebab masalah ni, sampai sanggup nak bunuh diri.

Baca: Nak Bunuh Diri Dengan 2 Anak?

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Amalina Zainal

Seorang yang optimis dan teliti serta berkemahiran dalam berkomunikasi; boleh bekerja dalam pasukan, berfikiran terbuka dan seorang yang menepati masa.