in

“Student senang faham” – [VIDEO] Kreatif! Ayah Gigih Ajar Kelas Online, Siap Conteng Atas Lantai Buat ‘Kira-Kira’

Fi Kls

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Mesti ramai setuju bahawa bekerja dari rumah ataupun work from home, antara cabaran terbesar sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikeluarkan oleh kerajaan.


Perkara ini nyata memberi cabaran kepada para pendidik untuk memikirkan cara pembelajaran yang lebih menarik supaya pembelajaran atas talian ni mudah difahami pelajar.

 

Conteng atas lantai

Namun cara seorang guru ini dalam usahanya nak bagi pelajar faham matapelajaran diajar memang patut kita puji.

Melalui perkongsian di akaun TikTok @ainaabdxn baru-baru ini, dia berasa kagum dengan usaha ayahnya yang tetap mencari jalan untuk mengajar subjek diajar.

Menerusi video yang dikongsi, terlihat bapa kepada gadis dikenali sebagai Aina tersebut ‘menconteng’ lantai mozek menggunakan pen marker di rumahnya untuk membuat pengiraan.

Kls 1

Dia turut memberitahu bahawa, dia dah sarankan bapanya untuk gunakan papan putih yang ada di rumah mereka. Namun bapanya tetap lebih selesa dengan cara digunakan, sebab bagi subjek ekonomi diajar jalan kira-kiranya sangat panjang jadi mudah pelajar untuk faham.

Rakaman video dibuat Aina tersebut telah mendapat perhatian ramai,  dan sehingga kini ia telah meraih lebih dari 1 juta tontonan.

@ainaabdn7

struggle untuk student supaya lebih memahami. goodluck all students. #xybca #fyp

♬ Beggin’ – Måneskin

 

“Cikgu hebat akan hasilkan anak murid hebat”

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa hormat kepada ayah Aina itu. Disamping mereka turut memuji tindakan ayahnya, kerana dilihat benar-benar ikhlas untuk menyampaikan ilmu.

Reak Kls 1 Edit

Reak Kls 2 Edit

Reak Kls 3 Edit

Reak Kls 4 Edit

Hargailah cikgu korang semua, kalau ade nombor tu jangan lupa tanya khabar mereka. Mesti dorang akan happy!

 

Baca : “Ingatkan kawad online dah teruk” – [VIDEO] Kelas Online Punya Pasal, Pelajar Gigih Pakai Swimsuit Sambil Berenang Atas Katil

Foot Kls

 

 

Sumber: TikTok
Sumber: TikTok
Sumber: TikTok
Sumber: TikTok
Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.