in

“Ingatkan kawad online dah teruk”-[VIDEO] Kelas Online Punya Pasal, Pelajar Gigih Pakai Swimsuit Sambil ‘Berenang’ Atas Katil

Cats 39

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Berikutan kes Covid-19 yang masih belum reda di negara kita, kebanyakan kelas terpaksa dilakukan secara online. Nak tak nak, pelajar semua kena akur dengan arahan yang dikeluarkan. Online pun online la.


Tapi, kalau kelas aktiviti fizikal pula macam mana nak online? Hmm terfikir juga tu…

 

Berenang atas katil

Menerusi satu perkongsian video yang dimuat semalam oleh seorang pengguna Tiktok bernama Abdul Muhaimin, dia berkongsi keadaan di bilik asramanya yang sedang membuat persiapan untuk kelas online. Tapi ni bukan kelas online biasa tau.

Diorang tengah nak get ready kelas online untuk aktiviti fizikal iaitu berenang. Lain macam weh berenang pun online. Macam mana la tu.

@abdulmuhaimin_esw

ODL’s things.. Kelas fizikal tapi di”onlinekan” . Terimalah dari kami student pendidikan pjk. #uitm #uitmpuncakalam #fyp

♬ original sound – Abdul Muhaimin – Abdul Muhaimin

Pelajar jurusan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan itu kelihatan gigih pakai swimsuit siap pakai goggle. Tapi diorang hanya mampu ‘berenang’ di depan laptop masing-masing sahaja. Disebabkan tak boleh berenang dalam kolam, ada yang ‘berenang’ atas katil, atas lantai pun ada juga.

Yang paling kelakar, ada yang kononnya ‘berenang’ guna kasut sekali tau. Memang macam-macam kerenah kelas online ni.

45454

 

Ingatkan kawad online dah teruk

Melihat di ruangan komen video tersebut, ramai netizen yang cukup terhibur tengok gelagat pelajar-pelajar itu yang bersemangat nak ‘berenang’. Dulu orang ingat kelas kawad online dah cukup kelakar, rupanya ada yang lagi kelakar.

Photo6201795349811670821

Sdsds

Tak sangka kelas berenang pun boleh buat online. Agaknya aktiviti fizikal apa lagi yang nak di’online’kan?

 

Sumber: abdulmuhaimin_esw

Baca:“Ke kanan pusing!” -[Video] Netizen Terhibur Tengok Pelajar Kawad Kaki ‘Online’ Dalam Bilik

Jhhjhj

Sumber: Tiktok
Sumber: Tiktok
Sumber: Tiktok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.