in

“Stress tengok takde rupa” – Wanita Ini Terkedu Tengok Hasil Inai Harga RM550

Inairam550

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebagai wanita, sudah semestinya akan melaram habis-habisan untuk ke sesebuah majlis, lebih-lebih lagi kalau ianya ada tema.


Keluarkan duit banyak-banyak untuk tampil lawa dengan harapan dapat hasil yang memberangsangkan. Bukan bagi wanita je bagi lelaki pun akan fikir ‘lagi mahal kena caj lagi lawa lah hasilnya’kan?

Tapi sayang, hasilnya kelaut! Kesian  WN Syuhadah(Syu) ni, nak cari perkhidmatan inai, tapi bila dah siap kena caj harga mahal, lepastu hasilnya..Alahai! Korang tengok lah sendiri

 

Mula-mula setuju harga RM150 sahaja

47427694 262176734449910 5659811794185617408 N

Biasalah dalam majlis, mesti ada kelam kabut, nak kejar masa sampai terlupa itu ini, lebih-lebih lagi jika orang tu jenis yang sibuk macam Syu ni.

Itu sebab lah dia pun main ‘balun’ je cari mana-mana pelukis inai.

Untuk dinner malam tu semua perfect (for me) . Baju onz by Uncle’s Ash Bin Arrif, makeup onz by Ainna ML tapi inai je kelaut . Stress betul . Ceritanya Syu tak sempat berinai so mintak kawan carikan someone yang boleh datang hotel untuk inai sebab petang tu busy sangat . Syu dah wassap beberapa henna artist around KL tapi semua full date tu. Maka dengan masa yang limited panggil je la auntie ni dekat Ampang Point dia sanggup datang hotel untuk berinai . Harga dia setuju mula-mula Rm150 untuk inai tangan sahaja.

Sebenarnya Syu ni macam dapat ‘hidu’ sesuatu, tengok masa proses lukisan ada banyak spoil tapi dia cuba lah husnuzon bila dah siap, nak pergi bayar, terkejut dengan harga nya.

 

Minta ubah sikit, terus tukar harga RM 550, hasilnya…

47495891 262176684449915 1539818266074021888 N

“Then dia pun datang hotel . Lambat jugak dia sampai . So ktorang pun start la berinai . Mula-mula boleh nampak dia punya lukisan tak kemas pastu asyik tersalah , lukisan tangan kiri tak sama macam tangan kanan . Siap yang kawan Syu punya , so my turn . Syu request nak panjang sikit dari kawan Syu , pastu bunga nak lebat sikit . Pastu last-last dia bagitau harga Rm550 .”

Dah la banyak kali silap buat, lepastu bila inai dah kering hasilnya, alahai macam tak percaya je ini nurkilan harga RM550, nak marah tak dapat sebab orang tu awal-awal dah chow

 

Alasan design susah, pengalaman dah 17 tahun…

47326387 262176707783246 4284345034423140352 N
Sumber : facebook

“Mula-mula nampak ok je inai sebab belum kering kan . Nampak cantik la jugak . Lepas dah kering tu aduhai stress tengok takde rupa inai langsung . Auntie ni awal-awal dah lari tak tunggu kering. Katanya rushing nak ambik anak dia.

Mula-mula argue jugak harga tu . Dia kata sebab design susah plus pengalaman dia dah 17 tahun k .Syu macam pelik dah, takkan tambah sikit panjang harga mencanak naik dari kawan . Kawan Syu Rm150 , Syu punya Rm550 , transportation cost lain tau. Tapi sebab dah penat waktu tu so Syu bayar je lah .

Auntie ni beroperasi di Ampang Point . Takde niat nak tutup periuk nasi dia cuma lain kali please be careful . Salah Syu sebab tak tanya awal-awal sebab ingatkan harga naik sikit je . Kalau cantik takpe , ini alahaiiiii stress tengok . Berbaloi ke harga Rm550 macam ni ? Geram je tengok”

Aduhai, admin tengok pun macam lukisan kanak-kanak tadika je. Nasiblah inai tu boleh hilang, kalau tak naya je. Sebab inai boleh hilang tu juga lah admin rasa RM550 tu tak berbaloi.

 

Baca : Bayar mahal dapat ni je?!

Page Resort

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.