in

“Stop cakap dia perampas” – Wanita Kongsi Kisah Kawan Baik Kini Menjadi Madu

Ft Kawan Baik Madu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini telah tular sebuah video di media sosial, memaparkan seorang wanita yang telah menghadiri majlis perkahwinan suaminya sendiri sampaikan ia mendapat perhatian warganet.


Disebabkan tidak mahu warganet membuat spekulasi negatif, wanita yang dikenali sebagai Paveena Shaeleen telah menjelaskan bahawa perkahwinan suaminya buat kali kedua itu telah pun mendapat persetujuan daripada pihaknya sebagai isteri pertama.

@paveenashaeleen

Dari lamar, merisik, nikah dan sanding#poligami #fypシ゚viral #fyp #fyp

♬ Dari Mata – Jaz

Menurut sumber, Paveen memberitahu, madunya, Nurul Nazirah bukanlah orang asing malah rakan baiknya sendiri yang sudah lama dikenalinya.

Difahamkan, Paveena dan Nazirah berkawan rapat setelah mereka berkenalan di Facebook serta hubungan mereka umpama belangkas sampaikan mereka pernah pergi bercuti bersama-sama anak Paveena.

“Tapi, dia tak rapat dengan suami pun, setakat kenal macam itu saja. Satu hari, Nazirah tanya ada kerja kosong dan kebetulan ada, maka saya ambil dia bekerja sekali untuk kami bersama buat siaran langsung di TikTok,” jelas Paveena.

Disitulah Paveena mula mengusik dan menjodohkan suaminya dengan Nurul Nazirah, namun pada mulanya mereka hanya tersenyum dan tidak memberi maklum balas kepada usikkan Paveena.

@paveenashaeleen

Ramai yg bertanya sakit ker??? #fyp #fypシ゚viral #poligami

♬ Langit Yang Sama – Dalia Farhana

Tidak lama selepas itu, usaha Paveena menjodohkan mereka berdua menjadi kenyataan dan dia tiada halangan kerana sudah lama mengenali Nazirah dan senang dengan sikap rakannya itu.

“Selepas beri suami ‘lampu hijau’ untuk berkahwin lagi, dia ada juga bawa jumpa beberapa calon tapi, semua saya tak berkenan kerana lebih tertarik dengan Nurul Nazirah lepas lihat layanannya dengan anak serta cara cakapnya dengan emak ayah saya serta suami,” jelas Paveena.

 

Screenshot 16

Berkongsi tentang perasaannya, Paveena berkata, dia reda dengan ketentuan Ilahi dan yakin suaminya itu dapat menjalankan tanggungjawab sebaiknya.

“Cemburu itu ada tetapi tidak melampau, cuma setakat berkaitan makanan kerana selera saya dan madu berbeza jadi hanya sering berebut tempat saja.”

Wahhh! Tahniah kak. Semoga dimurahkan rezeki!

Sumber: TikTok (@PaveenaShaeleen), Harian Metro

Baca : Mula-mula Kena ‘Reject’, Pemuda Tak Sangka Dijodohkan Dengan Bekas Cikgu BM Sendiri!

Ft Danial Kahwin Jamilah 728X383 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.