in

“Steady lah pakcik” – Netizen Seronok Tengok Pakcik Berkopiah Relaks Je Main Ping Pong di Pusat Kuarantin

Pakcik Steady Main Pingpong

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau bercakap tentang COVID 19, rata-rata warga emas yang terkena jangkitan virus ini dilihat lemah sehingga ada yang terpaksa dimasukkan ke wad ICU kerana keadaan diri yang makin memburuk.


Namun begitu, ada juga yang dikurniakan kesihatan baik dan hanya perlu menjalani tempoh kuarantin di pusat kuarantin sahaja seperti pakcik ini.

Menerusi video yang dimuatnaik anaknya di TikTok, pakcik tersebut yang disahkan menghidap COVID 19 ini kelihatan kuat dan sihat malah sempat lagi tunjuk skill main permainan ping pong di pusat kuarantin. Fuyyoh hebat pakcik ni! 

@atiqah_fareha

ayah kuat? covid fighter?? .. seronok plk die kat sana .. ayah2..❤ adek rindu ?

♬ Myself – Bazzi

“Semasa usia muda, bapaknya jaguh ping pong kampung. Kau apa tahu?” 

Gaya santai pakcik tersebut yang berkopiah dan memakai kain pelikat tersebut telah menarik perhatian netizen sehingga video berkenaan mendapat 11.8k likes di TikTok.

Malah ramai juga yang seronok melihat keadaan pakcik itu yang nampak lincah bermain ping pong, tak seperti warga emas lain yang seusia dengannya. Alhamdulillah… 

Steady

Semoga pakcik ini cepat sembuh dari wabak COVID 19. Aamiin. 

Baca: “Nampak Macam ‘Best’ Je” – Pengguna TikTok Kongsi Pengalaman Kuarantin di PKRC

Best

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.