in

“Nampak Macam ‘Best’ Je”- Pengguna TikTok Kongsi Pengalaman Kuarantin di PKRC

Seronok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ia sudah menjadi trend buat pengguna media sosial berkongsi pengalaman mereka semasa dikuarantin di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID 19 (PKRC).


Kebanyakan daripada perkongsian tersebut memaparkan perkara yang mereka lakukan seharian di PKRC tersebut yang mana menarik perhatian netizen.

Salah satu video yang kini sedang viral ialah perkongsian TikTok dari @noniethepotato_ mengenai pengalamannya kuarantin di PKRC Ipoh.

Menerusi video tersebut, korang boleh lihat Nonie memaparkan aktiviti yang dilakukannya dan kemudahan yang tersedia di PKRC tersebut.

Best 3 Horz

Antara yang menarik perhatian ialah kekemasan PKRC tersebut walaupun penghuni makin ramai dan mereka juga mempunyai kemudahan seperti tempat melepak dan ruang pantri dengan berbagai jajan disediakan.

Selain itu, dikongsikan juga footage mereka menghiburkan diri beramai-ramai dengan berzumba bersama petugas kesihatan. Nah korang tengoklah sendiri… 

@noniethepotato_

Here’s my quarantine life ? #fyp #4u #pkrcipoh #quarantinelife #covid19

♬ Makna Cinta – Rizky Febian

 

“Best do kalau macam ni” 

Meskipun pengalaman Nonie tak sepatutnya dianggap sebagai pengalaman yang ‘seronok’ sebab dikuarantin akibat COVID 19, namun ramai di kalangan netizen suka dengan perkongsiannya sehingga ada yang teringin nak masuk ke PKRC tersebut.

PKRC tersebut dilihat sangat selesa dan mempunyai kemudahan yang baik di samping penghuni di sana juga nampak bebas melakukan apa saja tanpa perlu mengikut SOP.

Best Do

Walaupun nampak best, tapi admin harap korang jangan lah ada angan-angan nak ke sana. Lagi best kalau duduk bersama orang yang tersayang dan saling jaga satu sama lain. Stay safe korang! 

Baca: “Lebih afdhal golongan anti vaksin dikuarantin dengan pesakit Covid-19” – Catriona Ross

Cat 1

Sumber: TikTok
Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.