Kalau korang tanya siapa menteri favourite admin, orangnya pastilah Mat Sabu! Walaupun tak ada ciri-ciri tall, dark and handsome tapi bila admin tengok muka Abang Mat kita ni, mesti admin rasa nak senyum je mengenangkan ceramah lucunya.
Abang Mat ni bukan saja pelawak tapi dia jugak ada satu sikap terpuji iaitu suka bersederhana dalam apa-apa perkara. Admin macam tak percaya je bila tengok satu posting yang dikongsikan Rizal Hakimm di Facebook mengenai hari pertama Mat Sabu ke Putrajaya.
Kalau sebelum ni menteri-menteri yang kita kenal selalu duduk di rumah banglo besar dan kereta mewah berharga ratusan ribu ringgit. Tak cukup dengan tu, mereka pun ada bodyguard dekat 8 ke 10 orang yang akan iringi menteri ni ke pejabat. Tapi situasi ni berbeza sungguh dengan Mat Sabu bila beliau dilihat tinggal kat rumah teres dan pakai kereta Viva je.
Yang paling menarik, bodyguards dan kereta pengiring pulak yang menunggu di depan rumahnya ramai-ramai. Mesti suspen Abang Mat semalam kan! Apa-apapun memang sempoi lah sebab perkara ni memang beza sangat kalau nak dibanding dengan kerajaan dulu.
Rata-rata netizen yang melihat gambar viral Mat Sabu ni sangat teruja dan memuji kehidupan Menteri Pertahanan yang sangat sederhana. Ada yang bagi nasihat supaya Abang Mat teruskan je jadi macam ni, tak payah berubah duduk kat rumah yang besar.
Relax je kan Mat Sabu ni jadi menteri. Tak macam menteri-menteri terdahulu langsung. Kepada rakyat jelata, contohilah hidup sederhana menteri kita sekarang. Tak perlu nak bermewah sangat pun, asalkan bahagia.
Admin rasa nak ulang tengok pula lawak Mat Sabu kat Youtube!
Baca: Dari Kulinari Ke Politik, Inilah Mat Sabu