in

Sri Lanka Larang Upacara Pengebumian, Mayat Bayi Muslim Yang Dijangkiti COVID 19 Dibakar Tanpa Dapat Persetujuan Ibu Bapa

Bakar Mayat

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Wabak COVID 19 yang sedang merebak dengan pantasnya ke seluruh dunia telah menimbulkan ketakutan dan rasa paranoid yang melebih-lebih. Ia kadang-kadang membuatkan sesetengah negara menetapkan undang-undang tidak masuk akal seperti di Sri Lanka ini.


Menurut Sinar Harian, pembakaran mayat bayi Muslim di Sri Lanka secara paksa baru-baru ini telah mencetuskan protes terhadap peraturan kontroversi tersebut yang melarang upacara pengebumian bagi korban COVID 19 di negara tersebut. 

Bayi yang berusia 20 hari bernama Mohammed Sheikh itu dilaporkan telah meninggal dunia di ICU dekat Colombo minggu lepas.

913418
Protes yang diadakan penduduk setempat dengan mengikat kain putih di krematorium

Namun mayat bayi tersebut kemudiannya dibakar oleh kerana disahkan positif COVID 19 walaupun tanpa mendapat persetujuan ibu bapanya. Aduhai… 

Pihak hospital hanya maklumkan anak kami positif Covid-19 hasil daripada keputusan ujian antigen dan meminta kami menandatangani borang bagi prosedur kremasi tersebut.

“Kami juga meminta pihak hospital melakukan ujian PCR, namun permintaan itu ditolak,” kata bapa bayi, Mohammed Fahim.

Tambah bapanya lagi, dia juga pada masa yang sama merancang untuk dapatkan sejumlah wang RM202 untuk membuat ujian PCR kepada mayat anaknya yang didakwa dapat berikan keputusan lebih tepat berbanding antigen.

Walau bagaimanapun, hasrat tak kesampaian apabila dia tiba-tiba menerima sijil kematian anaknya daripada hospital dan mayat bayi itu terus dipindahkan ke krematorium.

Kremasi

“Saya tidak tahu mengapa mereka seperti tergesa-gesa mahu melakukan prosedur itu sedangkan beberapa mayat mangsa Covid-19 biasanya ditempatkan di rumah mayat sehingga 10 hari sebelum dibakar,” katanya lagi.

Malah Fahim juga menafikan kenyataan doktor kepada media yang mendakwa dia tak datang menuntut mayat bayinya. Menurut Fahim, apa yang dituturkan doktor tersebut satu pembohongan dan dia sedang mengumpulkan wang terlebih dahulu untuk melakukan ujian PCR.

Kini difahamkan Sir Lanka merupakan satu-satunya negara di dunia yang memaksa pembakaran mayat dilakukan ketika musim pandemik tanpa hiraukan saranan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang membenarkan pengebumian.

Semoga keluarga bayi tersebut bertabah dan mendapat keadilan di atas pembakaran mayat anak mereka. 

Baca: Banduan Diambil Bekerja Angkat Mayat Mangsa COVID 19 Dengan Upah RM8 Sejam di Amerika Syarikat

Treler

Sumber: Sinar Harian
Sumber: Al Jazeera

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.